Thursday 15 December 2011

Jejaka Edisi Terhad

Promo Jejaka Edisi Terhad coming 2012



Que Zafril bin Abdullah
Hmm..Rupa? mestilah komersial. Kata pramugara. Nak tengok dia senyum? 24 jam boleh tengok sebab dia memang pemurah. Lagi pun hidup seorang Que Zafril mana pernah ada masalah. Ada masalah cabut je lah. HE HE HE.

Hmm..cutting body? Macam model tu haruslah. Kata pramugara paling handsome abad ini. Kan Kan Kan?

Hmm..nama? Komersial gilerr. Pakej la dengan rupa. Apa orang cakap? 2 in 1? Tapi kalau semuanya komersial, hobi pula mestilah semua yang stok – stok terhad je. Cu teka?

Sara Nabila binti Saidin
Hmm..Rupa agak komersial. Putih melepak tapi nak tengok dia senyum? Mak ngaii..susah ooo. Maklumlah orang susah, mestilah banyak masalah. Dengan rambut pendek lurus paras bahu siap fringe depan, sekali tengok macam baby doll tapi baby doll masam la!

Hmm..cutting body? Macam model tapi macam rendah sikit. Dalam 5 kaki 2 inci. Tak lepas nak jadi runaway model sudah pasti. Jadilah pemakan gaji tegar. Gaji RM 1800 lepaslah takat diri sendiri duduk KL ni.

Hmm..nama pula langsung tak komersial. Kalau tengah jalan, takat orang panggil Sara!Sara! memang Sara buat tak tahu. Nak tahu kenapa? Sebab berjuta orang nama Sara kat dunia ni. Anggap je lah orang tu panggil Sara lain. Kalau betul orang panggil dia, panggil la siap binti sekali kan? KAH KAH KAH.


 ***


“Encik, tak kan semua bilik nak buat studio?” Tanya Sara serius.
“Suka hati saya lah, saya bayarkan?” Balas Que.

Sara pelik:
Baru last week dia siapkan studio jamming untuk bilik atas rumah mamat ni. Tak kan sampai dua bilik nak buat kot? Jangan cakap nak buat bilik recording pula? FLY FM studio nak pindah kat rumah mamat ni ke?

Que tak pelik:
Sebab dia rasa dalam hati dia ada ‘rasa’ skettt dekat awek Acoustic Consultant ni. Comel!!!

Que Sara:
+Saya tak suka pramugara.
-Saya boleh tukar kerja.
+Kerja apa?
-Apa – apa je. Cakap je, semua saya boleh jadi.
+Errr...(Sara speechless. Ada cara lain tak nak me‘rambus’kan mamat ni dalam hidup dia?)


p/s: Selagi kak Izan x tlg buat cover, selagi tu x der n3 eh (ampun akak!!)....
HA HA HA
TGIF!!!

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...