Thursday 9 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 9


            Sara memandang sekeliling. Tak tahu nak mula dari mana. Kalau Bos tak ada semua menarik nafas lega. Mr Boon Praraks outstation sampai minggu depan. Katanya dapat projek baru. Tang dia outstation sampai ke Kuching tu memang best tapi tang dia balik nanti, projek tu nak bagi kepada siapa memanglah tak best. Siapa nak jaga projek kat Kuching. Nak ulang – alik sampai projek siap penat tu. Mr Boon Praraks memang gembira tak ingat maklumlah kos projek mencecah 200 juta. Walau pun percent akustik rendah tapi projek ini bakal tersenarai sebagai projek terbesar mereka.
            Ainul dan Sheena diam menghadap komputer. Tak kan menghadap layout design kot, harus menghadap pak cik goggle. Perut pun dah kenyang. Sara yang belanja. Terharu dapat kawan yang baik macam Ainul dan Sheena. Lagi pun belanja makan roti canai dan Milo je. Sara mengeluarkan Cashmere Bear berwarna biru dari beg Victoria’s Secret yang besar gedabak dan memeluknya. Geram sangat dengan fabrik cashmere teddy bear tersebut, lembut dan harum. Rasa macam nak usung ke hulu ke hilir buat peneman. Semalam pun Sara tertidur dengan memeluk teddy bear ini. Teddy bear diletakkan di sebelah kerusi. Duduk diam – diam kat situ temankan saya pilih rekaan mana nak bagi En Zafril tak guna tu.
            Sebentar kemudian Sara ralit memilih rekaan yang paling cantik dirasakan untuk Que. Biasanya tugas seorang konsultan berhenti setakat menyiapkan kiraan dan rekaan asas akustik. Rekaan sebenar yang melibatkan warna, corak dan susun atur panel biasanya dilakukan oleh pelanggan bersama kontraktor melainkan kalau ada pelanggan yang tahu nak siap je. Macam pelanggan sorang ni. Teknik Sara kalau nak buat kerja dengan cemerlang dan memuaskan hati, dia akan membayangkan rumah pelanggan adalah rumahnya. Kemudian dia berkhayal pula kalau studio tu dia punya, dia nak rekaan yang macam mana sesuai dengan karektor pelanggan dan tema hiasan dalaman rumah pelanggan. Bertambah senang kerjanya kerana segala – gala yang ada dalam rumah Que lebih kurang sahaja dengan penthouse dua tingkat milik Sara dan Sean.
            Tangan yang memegang tetikus terhenti. Sean? Macam mana lah keadaan abang tersayang sekarang. Tak kisahlah Sean menengking Sara macam mana sekali pun, Sara tetap sayangkan Sean. Sara tahu bukan salah Sean. Bukan Sara tak boleh nak mempertahankan haknya tapi dia tak mahu Sean tersepit. Biarlah masa yang menentukan. Bukan pasal duit sangat pun. Itu yang bukannya Sara kecoh nak kumpul duit nak bayar hutang SS tu tapi pasal Indah. Manusia yang memang tak indah budi pekertinya. Tolonglah ya Allah aku mohon janganlah anak saudara aku nanti perangai buruk macam Mommynya. Bagilah perangainya indah seperti Daddynya. Tak pun baik macam Mak Su dia ni.
            “Mulai hari ni aku tak akan panggil kau kakak. Aku tak ada kakak ipar hati busuk macam kau. Kau ni kan, kalau memang dah dasar aku kutip tengah kebulur kat hujung pagar sekolah, memang macam tu lah agaknya perangai kau sampai sekarang. Kebulur 24 jam. Duit tak pernah cukup.” Nampak sahaja Indah melangkah masuk ke bilik tidurnya, Sara yang sedang memasukkan bajunya ke dalam sebuah luggage sederhana besar mula menyinga.
            “Kau jangan kurang ajar Sara. Sean dah suruh kau blah. Blah je lah. Kau buat apa membebel kat sini lagi?” Balas Indah kasar.
            Sean tak suruh pun Sara keluar rumah kat pejabat tadi, Sean mengamuk je cuma Sara yang bercadang memang nak keluar dari penthouse ini buat sementara waktu untuk bermalam di hotel. Kecik hati dengan tuduhan Sean. Sampai hati Sean tak percayakan adik sendiri. Niat Sara memberitahu supaya Sean meneliti semula akaun syarikat untuk mengingatkan Indah supaya tidak terus menyalahgunakan kepercayaan yang Sean bagi. Sejak Sara balik dari Edin bukan main terkejut apabila Sara meneliti akaun SS yang lopong sana – sini. Mungkin dia bukan Akauntan Aussie Grad macam Indah tetapi kalau akaun SS yang dari mula bertatih dia yang tengok, sejak dari SPM lagi dia yang jaga mana mungkin Sara tak nampak lopongnya.
            Menyesal kenalkan Indah dengan Sean, menyesal suruh Sean tanggung Indah belajar ke Aussie, menyesal biarkan hati Sean terpaut kepada gadis bertalam dua muka seperti Indah. Agaknya sebab Sara selalu memperlekehkan nasihat Jijie. Dari dulu lagi Jijie selalu pesan jangan percayakan Indah tetapi Sara buta. Dia ingat Indah sudi berkawan dengan dia walau pun dia anak yatim – piatu, biar pun dia adik gangster adalah suatu rahmat tetapi rupanya suatu bala. Bukan Sara tak tegur Indah elok – elok jangan sampai keterlaluan mempergunakan duit syarikat. Kalau tu duit laki dia sorang tak apalah tapi masalahnya tu duit Sara jugak. Sean minta izin nak guna duit peninggalan arwah bahagian Sara untuk dilaburkan sekali dalam perniagaan sukan cue ini. Dia pernah tegur tapi Indah cakap penyata akaun tu betul. Indah ingat Sara bodoh agaknya. Sebenarnya Indah tu yang spesis dungupiang. Eee...geramnya Sara.
            “Ooii perempuan, kau dengar sini. Kau tu yang patut blah. Ni rumah aku. Aku tak peduli kau bini Sean ke kau siapa sekali pun. Aku tak nak tengok muka kau kat rumah aku. Berambus!” Sara geram. Luggage yang sedang dikemas dibiarkan dan Sara berdiri bercekak pinggang di hadapan Indah.
            Lain yang dia minta Sean buat, lain yang jadi. Bukan niat Sara nak busukkan Indah di mata Sean cuma dia tak mahu Sean leka dan Indah keterlaluan.  Sebaliknya Indah pandai memutar belitkan cerita. Akhirnya semua duit SS yang lenyap sedikit demi sedikit sehingga berjumlah RM 100k jatuh ke bahunya. Kononnya Sara yang ambil duit tu. Selama ini Indah pula yang tolong cover kononnya bagi pihak Sara. Tak nak Sean mengamuk marahkan Sara. Pulak dah. Baiknya kakak ipar aku ni.
            “Hey Sara, kau rasa Sean pilih aku ke kau?” Indah merapatkan mukanya ke telinga Sara.
            “Kau jangan nak sampai aku ambil semua bukti – bukti yang aku simpan ni tunjuk kat Sean.” Sara menjauhi Indah.
            Sara menarik kerusi di meja belajarnya dan dibawa ke walk – in wardrobenya yang terletak di belakang bilik. Sara memanjat kerusi dan tangannya menggagau mencari kotak yang menyimpan semua akaun penyata yang Sara cetak sebelum sempat Indah mengubahnya.
            “Indah!!!” Sara terpelanting ke bawah apabila Indah menolak kasar kerusi yang sedang Sara berpijak. Kepala Sara luka terhantuk di almari.
            “Kau memang gilakan.” Sara tak dapat menahan sabar dan menerkam ke arah Indah. Rambut Indah ditarik dan pipi indah dilempang sekuat hati.
            “Sara! Berhenti Sara!” Sean yang tiba – tiba muncul dari ruang tamu tergamam melihat isteri yang sedang diperlakukan sedemikian rupa oleh adik sendiri. Apa nak jadi dengan Sara ni.
            “Abang.” Sara terkejut dan mula menangis. Sara menghampiri Sean tetapi Indah cepat – cepat memeluk Sean dan menangis juga.
            “Indah okay?” Sean bertanya si isteri tetapi matanya tajam melihat Sara yang tiba – tiba terdiam. Tadi gaya macam nak mengadu. Dahi Sara yang berdarah dipandang sekilas.
            “Perut Indah sakit sangat.” Indah menekan – nekan perutnya.
            “Kau jangan nak buat cerita. Aku tarik rambut, lempang pipi, perut pula yang sakit. Memang dasar perempuan ja....”
            Pang!!!
            “Selagi Sara tak mampu nak bayar duit SS, abang tak nak tengok muka Sara. Go out now!”
            Sara menyeka air mata yang hampir menitis. Parut di dahi yang terlindung dengan rambut fringe Sara akibat terhantuk di almari makin hilang tapi luka dihati tak pernah sembuh. Apatah lagi untuk berparut. Sara rindukan Sean. Rindukan teddy bear sendiri yang berderet di rumah. Kalau tak mengenangkan Indah yang tengah mengandungkan zuriat abangnya, pasti Sara tetap mempertahankan haknya. Patutlah buat – buat sakit perut. Mana Sean tak risau. Mana Sean tak pilih isteri dan bakal anak sendiri daripada adik. Sara cuma seorang adik yang suatu hari nanti pasti dilepaskan berjalan sendiri juga.
            Cepat – cepat Sara kembali menekan mouse dan memilih rekaan yang dirasakan paling cantik untuk studio Que. Kalau ikut konsultan, cantik jatuh nombor dua. Nombor satu ialah kualiti akustik dan bunyi yang terhasil di dalamnya.
            “Cantik tak?” Sara menayangkan kertas A4 siap bercetak rekaan studio yang telah dipilihnya.
            “Kalau kau pilih. Encik Zafril angguk je Sara.” Ainul tersenyum.
            Sara memuncungkan mulut ke arah Ainul. Baru jumpa Que sekali dah terpengaruh lah tu dengan kekacakan Que. Tengah makan pagi tadi pun riuh Ainul mencanang sampai Sheena pun sibuk nak kenal. Bagi Sara, Shah jauh lagi macho.
            “Malas lah nak layan.” Sara mengangkat gagang telefon pejabat. Nombor Que didail.
            “Hello.” Sara menyapa tegas. Sakit hati mengenangkan kejadian dalam hujan masih berbaki tetapi hal kerja cuba didahulukan.
            “Assalamualaikum. Sara kan?” Que di hujung talian meneka.
            “Ya, saya. Saya nak fax kan rekaan yang saya pilih. Nanti lagi cepat awak setuju, cepat sikit studio awak siap.” Salam jawab dalam hati je. Adake pramugara sopan macam ni? Mengada – ngada. Desis hati kecil Sara.
            “Okay, fax sekarang. Ada nombor fax rumah saya kan?” Que menahan debar.
            Harap – harap Sara suka bunga, teddy bear dan bubur Mc D yang dia tinggal kat depan rumah tu. Maklumlah Que belum habis menuntut lagi nak memikat hati gadis yang baru dua kali dia jumpa. Tak pernah jumpa kitab mana yang ajar cara memikat gadis yang baru dua kali jumpa. Pengakhirannya Que tekan loceng lepas tu duduk kat tangga belakang. Dia nampak Sara tersenyum dan ambil kesemua barang di hadapan rumahnya. Bukan senang nak tengok Sara senyum. Sambil baca kad yang dia selitkan di celah bunga tu pun Sara tersenyum. Siap teddy bear edisi terhad Ralph Lauren Layette Cashmere Bear berwarna biru yang berharga hampir RM700 tu dipeluk girang. Que menjeling Layette Cashmere Bear berwarna pink yang tersergam di katilnya. Couple kau dah tak ada. Bisik Que dalam hati dan bergerak ke bilik bacaan. Menanti fax masuk daripada Sara.
            “Saya dah fax, awak terima tak?” Sara bersuara sambil mengepit gagang telefon di bahu dengan dua tangannya sibuk memeriksa mesin fax di hadapan untuk memastikan talian okay.
            “Okay, terima.” Que di hujung talian menjawab.
            “Nanti tolong sign kat tempat client’s acknowledgement tu lepas tu fax balik kalau setuju.” Arah Sara.
            “Itu je?” Que bertanya sambil matanya ligat berfikir perkara lain. Nak tanya macam mana ni. Suka ke tak bunga tu? Teddy bear tu suka ke tak? Bubur tu makan ke tak?
            “Tu je. Nak fax sekarang ke?”
            “Saya setuju je. Saya sign dan fax sekarang.” Que berlari mengambil pen dan menurunkan tanda tangan.
            “Okay. Bye. Kalau fax awak saya tak terima kejap lagi, I’ll call you back.” Sara menamatkan perbualan tetapi cepat – cepat dipotong oleh Que.
            “Sara, awak tak sihat ke?” Tanya Que berdebar. Nak tanya dah kebah ke belum demam nanti nampak sangat.
            “Sihat je. Sakit tekak sikit tu yang suara saya lain sikit.” Sara tak jadi meletakkan gagang apabila mendengar mesin fax yang berbunyi. Alang – alang tunggu je fax Que masuk, terus confirm work order senang.
            No wonder, your voice is so sexy.”
            What?” Sara buat – buat tak dengar kata – kata Que yang tak berapa nak lawak tu. Tangannya mengambil helaian pertama yang masuk dari mesin fax.
            “Saya cakap, your voice is sooo sexy.”
            What???” Kali ni Sara bukan menjerit sebab kata – kata Que di hujung talian tetapi dek kerana tak percaya dengan tulisan yang tertera di helaian terakhir daripada Que. Patutlah orang bagi dua helai kertas, dia fax balik sampai tiga helai kertas.

            Sara,
            Hope you like the cute bear.
            Sorry. Get well soon.
            QZ

            Sara terkenang bunga – bunga ros merah yang dicium berkali – kali semalam. Terkenang juga bubur Mc D yang selamat ke dalam perut. Terkenang juga teddy bear di sebelah kerusinya sekarang yang selamat dipeluk sampai tertidur. Lepas tu siap usung masuk pejabat. Kononnya nak bagi Ainul dan Sheena tengok betapa dia menghargai pemberian mereka. Sara siap belanja budak berdua tu sebab terharu. Rupa – rupanya dia salah tafsir SMS daripada Sheena semalam.

            >Kitaorg x smpt singgah tp nt bg hadiah.

            Kad yang terselit di celah jambangan bunga juga disalah tafsir.

            Cute girl,
            I pray you can wear your smile soon.

            Ingatkan tu semua hadiah mereka berdua. Dalam hatinya mana tak terharu sebab teddy bear tu comel sangat. Kalau bunga tu tak lah Sara hairan sangat. Janganlah Que tahu. Makk maluuu noks!!!


 p/s: Hope u guys enjoy ur Friday & coming weekend.
Wat kind of emotion is on air now? Let me know yeah....is targeting many comments b4 next2 n3.
Do me fair plss readers.
lev ya, KL. XOXO!!!
lagu? pilih sdiri.layan sorg2.

53 comments:

  1. Rupanya dah jadi kakak ipar pun dah yer si indah tu...
    Nak wat camna, terima jerlah sara oi...
    Asalkan abg tersayang bahagia...

    HAha dah kenyang makan dan bawa tido teddy bear tuh...
    Baru tau sapa yang bagi yer...
    Adakah nanti teddy bear tuh akan jadi mangsa masuk dalam tong sampah...

    Kira ok jugaklah Que nih, tanya jugak pasal hadiah dia semalam...
    Kalau x tanya, sampai sudah sara ingat orang lain yang bagi...

    Tindakan sara mmg tepat sekali, membayangkan rumah dan studio tuh milik sendiri...
    Tak lama lagi akan jadi rumah sendiri jugak, tunggu cik writer approvekan jer niat suci sara tu...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. best sesangat. cian gle kat sara masa part indah, sean n sara 2. sob3...nway, so sweet la en.que. next3x... tq=)

    ReplyDelete
  3. adoi, spesies kaduk betul si indah yang tak berapa nak indah ni. kaduk naik junjung. heh. maunya sara tak sakit hati. tapi sebab abang sendiri terpaksa redha jela.

    alahai Que, pi lah menuntut ngan Joe nun. Tapi takmo la jd kasanova kelas 1 ya?

    ReplyDelete
  4. homaigoddd.....pngkah bsr2 dkt abe sean..huh..hrp gaya bad boy,tp hmpeh,..indah,you'll pay this!!

    que send fax? awww sumpah sweet..xtrfikir lgsung...kak rin pnye writing di luar alam :).

    pms mood :( terasa nk dgr lagu top of the world lak..

    ReplyDelete
  5. w.t
    Sean & Indah forever. Suka kan?
    Teddy bear tu msk tong sampah? Hahha kita tgu yea.
    pandai Sara imagine mcm rumah sdiri? Ahaks...
    x sbr btul nk dorg bersatu eh?
    Pjg lagi cerita ni.




    mien
    sy tafsirkan perasaan awk sbg sedih & sweet boleh. hehehe bnyk perasaan dlm satu n3 eh?
    w'come :)



    Hajar
    hah memang kaduk naik junjung pun. Tkg tulis pun skt ati skali.
    hahha...Kasanova kelas 2 je okay la kan.

    ReplyDelete
  6. syira

    pangkah abe sean dah? hai mana pergi peminat Sean nih. Kata minat Sean. Nie badboy apa ni?
    Nti tgu kisah versi Sean plak ya.
    Org yg slalu duk dpan mesin fax boleh jer terkeluar idea mcm ni Syira ooii :)

    ReplyDelete
  7. dh lama x komen..bz sikit la kl..sori yerk, baca x komen..ishhh geramnyer kt indah ngn sean..sian sara, patutla bkerja keras..

    ReplyDelete
  8. aduuii ....
    crying ... happy .... agonising .... heartbreaking.... haru ke???
    waah .... Indah .... is Sean's wife!!! plus+-minus .... negative-+positive??
    all n all - the end is we hav to accept tat it is 'JODOH kn???
    but hope everything will be revealed - the truth must be disclosed later later ...later... later or sooner KL?
    so tat Sara is NOT as what Sean thought n saw (incidence at home) plus all d 'blundder' in SS account!!! Sean need to find out the 'true version' of all these .....
    Sara was made a 'scapegoat' by Indah to win Sean's heart!
    n again Sara attitude is so amazing - she knows tat at times like tat there is no way for her to fight for her rights - so it's bestest to leave the house!!!

    hehee ... and a whopper wow - limited edition teddy bear !!!! sure there will b a day the teddy bear couple will be back together again .... right?
    QueSara --- so cute --- Ralph Lauren Layette cashmere teddy bear!

    ReplyDelete
  9. Saya x kisah sean ngan indah forever, watak tempelan jer tuh...
    Nanti terbongkar rahsia akaun tuh, mau ada yang jadi anak yatim...
    Mak ke batu dua, ayah ke penjara...
    Kesian lak maksu dengan bakal paksu nak jaga...

    Yang penting Sara jangan layan Syah lebih2, kesian kat Que...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  10. cik writer kejam. no no no no... indah dgn abg sean saya... why why why!!!! menci menci menci! xsuke xsuke xsuke! indah dah dpt sean, bkn stakat dapat, dapat terus memiliki n menikmati sean pula tu, then siap ada product dri sean agi... siap la ko indah.... geramnnye. rasa nk guna keganasan jer dkt muka btalam tu... kenapa bad boy mcm sean leh trsangkut dkt muka btalam tu.. tu la sara, aishh nk salahkn sara pn x sampai ati.... nak nagis bgi pihak sean coz dia dh xsuci agi....

    ReplyDelete
  11. hmmm tiba2 hariku yang indah jadi kelam pulok..bila baca n3 ni dgn telatah Indah yg sgt 'fake'....grrrr geram pulok dasar tak sedau diri... mmg sesuai jadi 'dungupiang@bodohpiang hahahaha.kesian kat Sara...Sean mmg buta hati betul..
    huhuhuhu tekejut Sara..mesti tak expect Que akan bagi all those things kat dia....heaven..heaven ^_^ *wink*

    ReplyDelete
  12. owhh..kesian sara...itu citenyer..be strong sweetie... @>---->>-----
    errmm...indah, tggu je saat nye nanti...skrg gumbira dulu ye...
    Que..pi tuntut ilmu kat Joe..hehe
    Sean..xkan la x ingat langsung kat adik kesayangan dia tu..spinyer hati..sob sob sob

    ReplyDelete
  13. ok...tak puas laa KL...sambung cepat2 lagi pliss..hehe
    benci lah indah tu...harap2 sean ceria dia nnti....jahat sangat...hahah

    ReplyDelete
  14. aisy
    haiii...
    no hal. Sekali sekala drop pun okey.
    Kesian Sara kan?


    naturalcahaya62
    wahh...perasaan awk serius bercampur baur.
    Ni Jazmeen kan? Ke tak? whopper/blunder & some words sound familiar..hahha...
    the wordings mmg sy igt gaya emotion readers sy...hehhe ampun kalau salah.
    I loikke the teddy bear very2 muncho...
    Ada x reader yg baik ati nk hadiahkan sy?
    Perhaps u? hahhahaha....
    Sean nw officiolly belong to Indah dungupiang!
    Que-Sara sweet :))
    U pun sweet :)




    w.t
    mak mati kna bunuh dgn ayah ehh.. Kesian pak su Que kna jaga. Ni kira bab akhir JEt ke w.t?
    hahhha...klakar awk ni tau.


    zawani
    awk ni lawak okey..boleh dia terpikir smpai Abg Sean dh x suci. Ada ke patut. Dah kata kawen. Eh. Sean suci lah lagi. Aprraaa...dah mandi tu.Awk gi bencik si dungupiang tu.


    TLC
    Puan TLC, sorry sy kelamkan hari anda? sob3x...
    x leh bg n3 lama lah gini, karang emo je readers.
    OOh lepas sedih ada yg wink2 Que plak..hahhaha


    Anonymous
    owh yeah..the puzzle solved.
    Bg Indah heppi meppi dulu.
    Sume suh menuntut dgn Joe ni. Biar betik.
    Ingat lah. Cu tunggu next2 n3. Sean syg Sara tu.


    auni shahira
    ok...hahha...weekend most likely mmg x de n3 laling. nak kena cerai ke? fulamak ganas tu.

    ReplyDelete
  15. KL..arghhhhhhh! Hancur hati baca n3 ni.. Doa sy xdimakbulkan laaaa..uwaaaaa..nak nangis smpaiii mgu depan!! KL kijammmmm!! Tlg la pls nak doa bg dorang ceraiiii lak! No wonder la indah belagak cm mem besar kt SS.. Kuang ajor nyer lintah isap duit nih!

    ReplyDelete
  16. Erks..emo td lupa nak komen pasal que.. U r sweet bebeh! Hihihi.. Go go go que!

    ReplyDelete
  17. Kalau boleh, x yah la jadikan anak sedara sara tuh anak yatim...
    Kesian kat sara ngan Que nanti, nak bermanja berdua pun susah...
    Ada orang ketiga yang kacau daun...
    Kesian lagi kat Que nanti, hari2 kena tengok muka sara yang masam...

    Tekaan saya sebelum nih pasal kes Indah-Sara-Sean melibatkan duit nampaknya mengena...
    Cuma lari skit jer pasal sara backup si indah tuh...
    Yang jadinya sara dituduh oleh indah sebagai dalang yang songlap duit tu...

    Sean takkan x sayang sara kan, adik yang satu2nya dia ada...
    Sedangkan is3, dia ada 3 slot lagi untuk ditambah...

    Tindakan dia suh sara kuar masa tuh, terbaik untuk keluarga dia jugak...
    Biar keadaan tenang dulu, sambil sara dibiarkan mengenali dunia luar yang mencabar...
    Taulah mcm mana dia nak handle indah tuh, kecuali dia dah terkena nasi kangkang si indah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  18. congrats KL .... u know ur avid readers so well -
    thought no n3 2day - does not bother 2 bring my tab along visits my in-laws!
    but seeing my teenage girl switch on her lappy - gatal jugak nk suruh my girl bukak my fav blog (she knows well ur blog is my fav page hehehe..)
    once ada n3 baru terus bace & komen forget dat i'm using my girl account hahaaa .... my girl is my bestest friend :) ...

    p/s talking bout teddy bear - ingat kat teddy bear yg byk dlm citer Princess Hour!
    and i like ape Hajar cakap=Indah specis kaduk! kaduk naik junjung!

    ~Jazmeen@melor

    ReplyDelete
  19. mizz acu
    Lintah kuang ajor btui..
    Kijamm? no-no...sy mean sikit je....*lariksss
    tp awk kna syg sy jugak, kalau x n3 baru 2 minggu lagi.
    hehe part Que sweet tu sy suka :)



    w.t
    mmg sy dh risau kalau awk duk teka2..siap bg point2 mcm2. Hahha..baik awk tlg check spelling sy skali. Boleh? *kidding
    tarik balik ehh...risau awk yea sy amik plot tu. Karang harus Que-Sara jd parent insatant.
    Tak syok la kan ada je penyibuk. Kalau Jad Iman lain lah :))



    Jazmeen
    sy mmg full schedule tp amik masa during long-lunch-Fri nk post. Smbl entertain org kat dpan, smbl edit.
    hahhaha...okay nasib baik teka betul kalau x, nti tobat reader tu x nk komen lagi kan? hahhaha...
    dah terbiasa. Kdg2 blh baca emo my readers mcm korg slalu predict my story, sy pun predict u guys punya feedback jgak.
    Funny kan?

    Princess Hour...haaa lama dh x tgk. Tu pun stok heroine muka masam gak tapi cute.

    ReplyDelete
  20. gelak dulu .... nanti baru kuarkn emo .....
    gelak with -w.t- comments - isteri - sean ada 3 slot lagi etc!!! waah betul2 gelak - sampai my hubby tanya ape yg sgt lucu! aduuuhhh .... w.t.

    now part emo - KL kena pejam mata ni .... jgn bace
    Indah???? wife Sean - mana pegi macho Sean???
    nak suruh ceraikn Indah - but indah dh sean isikn perut dier!!!!
    oh sean - pls go out n do a bit of investigation on SS account!

    then part feeling ... Que so ..... like u so much que go n don get left bhind from SE ..... cepat que ...

    -guest melepak

    ReplyDelete
  21. Takut jugak la sean jadi pembunuh, kesian kat indah...
    Mati awal dan x sempat nak minta maaf kat sara...

    Nampaknya lepas nih, sara tengok bunga teringat kat Que...
    Lalu depan McD pun ingat kat Que lagi...
    Tengok teddy bear makin la ingat kat Que tuh...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  22. Erkkss..kalo ade isi pon awatnyer.. Amek isi je bley? Tukang bawak die buang jejauh.. Bley x? (Xkijam sgt utk org xde nilai2 murni..) Haha

    ReplyDelete
  23. rase nak berasap telinga ehh ... rase nk tkuar bijik mata kala bace yg indah wife sean .... emo >>>>>> tersangat EMO!
    tapi xpelah biar indah hepi - nanti ada jugak balasan dier yg memutuskn tali persaudaraan sean & sara!
    but happy because Que was so brave antar fax kat sara .... hmmm senyum le sara! suke jugak bace semua komen kat atas .... alahai lawak juagk!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  24. KL yg cantik manis, tolong buat sean ceraikan indah busuk tu ya...waaaaa geramnya!!!!

    ReplyDelete
  25. bace and try tak nak komen pasal sean & indah -menci dh nak sebut nama indah ni opppsss ... forget about them
    yg penting skang is my favourite couple Que&Sara!
    best le Que - teddy bear yg mahal&limited edition siap peluk&bawak g opis!
    harap2 Que nmpak Sara angkut teddy bear dlm keta - makin bdebar pulak jantung Que!!!!
    so far whenever Que sees Sara-dh tak tentu rasa (TTR)

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  26. enjoy jek baca komen2 emo diorang neh. tapi part kata nak ceraikan si kaduk tu sgt tak sesuai okeh. talak tu walaupun halal, tapi sgt dibenci Allah. ceh, masuk mode ustazah la pulak. hehe.

    well, mungkin ada cara lebih baik untuk 'bersih'kan watak si kaduk tuh tanpa perlu scene cerai berai sume nih. :)

    ReplyDelete
  27. Ada satu cara yang paling sesuai untuk buang watak indah tuh tanpa diceraikan oleh sean...
    Suh jer cik writer tuh ceraikan jer nyawa dari badan indah...
    Masa proses bersalin nanti...

    Pastu baru bagitau apa rahsia indah, apa dia wat dengan duit yang disonglap tuh...
    Mana tau ada plak reader yang menangis untuk indah yang telah teruk dikutuk2 sejak awal...

    Biar sara menangis/menyesal sebab dah salahkan indah...
    Bertambah peluang Que untuk menunjukkan betapa dia mengambil berat pasal sara...
    Sambil tingkatkan saham dia di depan mata sean...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  28. guest melepak
    hahhha tu 3 slot dh ada org nak, mizz acu, syira dan zawani. ehh tp dorg dh pangkah besar2 kat dahi abg sean lah...*larikss
    karang laki awk block blog sy ni kan...gie kiss dia tue..ckp sorry yunk :)
    hahhha..sebut Shah sajer nk bg hint next2 2 mgu lagi nyer n3, jgn terkejut ya kalau Shah masuk minang Sara..hahahhaha
    HAHAHAHA....



    w.t
    tu x pe kesian, jgn smpai ada org wish Indah kna bunuh pastu jd hantu cukup. Berantu SS tu nanti.
    Haila..dah la Mc D dpan rumah Sara je. Karang ada yg buat anti-Mc D plak.


    mizz acu
    sy suka amik isi je ehh..korek2 isi mcm mkn buah kiwi. pastu kulit buang (sah kite ni x de didikan asas nilai2 murni awakk!!)


    lovely lady
    hahha..sy pun tergelak sorg2 baca komen2 my lovely raeders neh.
    kan..konpem ada pembalasan utk Indah. eh tp ade jer yg x kna balas mcm tentang Dhia tu? hero-heroin plak mati. Hampas tul! Ehh tetiba sy plak yg emo :p


    kin
    nak cerai - beraikan dorg? boleh, sy buat dlm mimpi Sara. okeh tak?
    hahaha

    ImAn
    hahha x nk komen Sean-Indah tp tu yg 1st type. lawak lol!
    TTR tu tak-tentu-rasa. mana blaja singkatan tu?
    mcm best.



    Hajar
    sy pun enjoy je baca but part cerai tu sah dorg x maksudkan, mesti sbb emo kat writer yg hampeh nie..hahhaha...
    we'll c ya. Kot last2 Indah jd seindah nama ke. err harapannn lerr (dgn nada sinis)

    ReplyDelete
  29. KL - yearsss ago i was an exchange student@Brunei U- over there local friends selalu cakap TTR - so curious jugak ape meaning dia - rupernya TTR memnag dh jadi dorang punyer expressi bila 'tak tentu rase' esp bila nampak mamat/awek yg di minati diam2 or bila kena sindir oleh lecturer ... lawak jugak but sounds good!
    and i now i can understand very well bila dorang ckap tone local-bahasa same but very different bila bcakap!

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  30. OMG...x dpt menerima kenyataan Sean yg dingin, smart n ala2 ketua gangster tu blh terpedaya dgn tipu helah Indah....eii, x kan la dia pun sama bodoh ngn Indah...wat jatuh martabat ketua gangster je blh tertipu semudah tu.....
    Neeway, part sblm Indah insaf kang buat biar sadis sket ek...xnk betenti ckp 'padan muka!!' bila baca part tu...hehhehe

    ReplyDelete
  31. Tatau nk komen ape... betul2 speechless - a bit surprise yg sean dh jadi suami indah & indah is pregnant.
    Ingat dh jadi bini sean indah is okay coz dh dpt target since school but she has her own agenda in d making ... uwahhh
    Dh kawen so kena accept je lh but really hope sean will discover the truth about d missing account!
    Jgn le kasi SE nk melamar sara.... que baru nk start his strategy

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  32. alahai~~~ indah tapi tak berapa nak indah rupanya dah jadi kakak ipar... aduyai~ nak meraung menjerit supaya sean tak pilih indah pun dah tak guna dah....

    kira mengurat sara via fax lah tu ye. hahahaha.. lagi lagi!

    tetiba interested of what will happen next between sara sean and indah tu...

    ReplyDelete
  33. tak sngka yg indah dh jadi kaka ipar sara - geram? bukan geram dia dh jadi bini sean p geram sebab fitnah sara yg buat account SS lopong sana sini! specis dungupiang???

    yes - sara peluk teddy bear & usung k ofis wlaupon dia ingat dari ainol & sheena - harap jgn le buang kat sampah!
    Que terus kn usaha - sara tu needs attention!

    -hnha

    ReplyDelete
  34. Erks.. Nak komen lg.. W.t ni agak scary laaa..cm xbesh lak indah tetibe jd baek at last..n sara lak yg nyesal?no no no.. Kalo indah yg nyesal I'm agreed!dh la tarik kusi sara luke tau.. Pity sara

    ReplyDelete
  35. adeh klakar
    adakah ayt sy merayu komen2 maka korg dgn gigihnya membuat pelbagai spekulasi atau TAHAP EMOSI yg x terkawal SEAN-INDAH merangsang jari kemetot anda menaip?
    HAHAHA....

    ReplyDelete
  36. ImAn
    TTR tu fr Brunei..ooo kat sini 3 highest ranking readers are fr Brunei tau. Dorg mesti tegelak baca komen awk ni. Hello Brunei!!(dgn nada suara bdak2 AF sapa kat weekly concert opening tue)


    Cici
    Ketua gengster lemau punya version kna sabar yea.
    yg akn igt pesanan awk 'padan muka' make sure keluar dr mulut korong lpas baca n3 tu eh...Kalau korg baca GET, Diya pun korg ckp mcm tue nti. Hahhahha surprise!!!



    Lysa MR
    ala...boleh bg SE potong sbb Que lembap x mo gi berguru dgn Joe. Hahhha...tu la masin mulut2 readers ni x nk Sean dgn Indah kawen. Sebut bnyk2 kali, kn jadi tebalik. Siap preggy lagi kau.
    Hahhaha...Bab akaun tu sure reveal nya.


    m
    dah x guna dah meraung. Bak kata zawani, usah dikenang abe sean yg dh x suci itew.
    cool jer Sara melopong kat mesin fax tu.
    Malu nokss! Sara - Sean-Indah comin....



    hnha
    suke teori Sara needs attention. Br Que blh menang kan? X mo la buang tong sampah. nanti yg pink tu x de geng nti.



    mizz acu
    sila lepaskan emosi anda...adeh sky perut mlm nie seyes. tatipu punya.

    ReplyDelete
  37. Biar sean reject awal2 pinangan yang syah hantar tuh...

    Buat jer yang sean dah tau, syah ada saham dalam duit yang disonglap oleh indah tu...
    Tapi dia x dedahkan lagi, sebab nak dapatkan bukti2 kukuh yang telah disembunyikan...
    Kiranya tag team la diorang berdua tuh, nak bolot harta anak yatim...

    Boleh buat plot mcm tuh cik writer...
    Termakbullah harapan reader yang x nak syah kacau sara...

    Dari indah sorang yang dibenci, sekali ngan syah nanti dapat kongsi saham indah...

    Tak ok yer mizz acu, kalau tiba2 nanti indah jadi baik dan sara yang menyesal...
    Biar ramai2 yang kutuk indah tumpang menyesal sama dengan sara...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  38. w.t
    sy percaya ramai penulis e-novel lain nk awk melepak kat blog dorg sbb x pyh susah2 pikir nk buat plot. Pilih je mana2 idea awk. Sumpah sume okay & boleh diterima pakai. (tiba2 angkat tangan doa ckp nasib baik aku dh tulis siap2 sume kalau x harus kuterpedaya sedikit sebanyak dgn w.t neh)
    Awk ada follow e-novel lain x w.t? Saja tanya nk gi jenguk awk punya komen kat dorg...hahahha...
    suka sy usik awak. The other readers really look up 2 ur plots sbb dorg x sabaq nk tau next tuh. KL tau!

    ReplyDelete
  39. Hailaa.. Xtenang selagi xreply nih.. W.t? Wat happen..tetibe baking indah ni.. Xmo la plzz.. Unacceptable larr.. Kalo indah da tebongkar rahsia + nyesal + insaf + mtk maaf kt sara..br ok. Ngeee~ SE tu xyah ler bia je bdk baek kot tu.. Kalo indah komplot ngan 3 jimbit tu ye la jugak..betoi dak KL..hehe

    ReplyDelete
  40. Ada jugak follow e novel yang lain, tapi x da komen apa2 pun...
    Saya rajin komen kat sini jer, sebab citer santai dan ada idea2 merapu nak mencelah...
    Tambah plak dengan writer yang rajin interaksi dengan pembaca...

    Dulu ada pernah jugak komen dekat e-novel lain...
    Tapi bila plot e-novel tuh dah ikut plot hero + heroin + salah paham tanpa usul periksa untuk konflik...
    Terus stop baca dan komen, sebab dah bosan dengan plot mcm tu...

    Saya suka mcm yang kak rin tulis, konflik boleh diwujudkan dengan cara lain, x perlu asyik salah paham jer...
    Saya selalu baca ceritakucc, juga menarik sebab plot2 konflik berbeza dari kebiasaan...
    Cuma yang kat sini jer yang rajin komen...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  41. cheers KL ... congrats for posting 100 entries ytrday@JET 9
    It is a great achivement esp all entries are novel contents ... bila review all ur writings pheewww ...say thunderstruck!(n i like to use d word flabbergasted)
    Hope it will inspire you more to boost ur writings in d near future may ALLAH grant ur wish n give an easy path... Amiin
    But i really wish tat all ur writings could be published n hope all of them masuk ke versi cetak!!! *wish yg sgt ikhlas!

    ReplyDelete
  42. OK..saya menang dari Indah! heeee...bajet diri ni bgus sangat..hikhikhik..

    aiyokkk indah...nape laa si Sean ni leh tpikat tnoda ngn Indah tu...

    QueSara!! i love u!

    ReplyDelete
  43. mizz acu
    part 3 jimbit tu harus ada kat mana2 nti.
    Mana boleh x ade, Syira marah nti. Indah tu tgk je la apa nasib dia.



    w.t
    sy ada baca some old folk said, part salah faham tu mmg the most catchy thing to attract readers to dig the thruth tp awk x suke ehh.
    KUCC sy pun baca gak, tp yg sy layan is dia punya gaya bahasa. Ayt BM dia mmg A-class. Bunga2 ayat sopan & terbuai. Rasa mcm true Malay novel kan?



    Jazmeen,
    yeay!! mcm x sangka. Started last yr 1st Ramadhan. Igt how I paksa my fren Fiza to teach me buat blog. Pg tanya Bulanhijau mcm mana nk buat sidebar. Phew!! How time flies.
    hahhaha...
    dlm bnyk2 ayt awk, yg plg sy nk keep in mind & heart is may Allah grant ur wish & gv me an easy path. Amin

    ReplyDelete
  44. KL - smpai jugak hajat penulis nk kasi emo kat pembace sume hehee ... nak gelak ke marah ni?
    tak le - as Hajar n Jazmeen said kat komen dorang tak elok kasi cerai berai n kira dh jodoh indah with sean - tapi harap indah nanti one day will regret ape yg dia dh wat n carik sara-sebab sean sgt sayang kat sara!
    yg teddy bear tuh .... alamak full mark Que!

    suke cara penulisan KL! ape ye ... tak same cara penulis yg lain - susah nk cakap tapi memang best!

    !uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  45. Mmg kurang minat pun dengan plot salah paham tanpa usul periksa yang ntah apa2 tuh...
    Nampak heroin dengan lelaki lain jer terus dihukum...
    Atau ada orang ketiga bawak citer pasal heroin jer terus dihukum...

    Lebih2 lagi yang hero memperlakukan heroin mcm binatang akibat insiden salah paham tuh...
    Tak ada penjelasan/penyiasatan lanjut...
    Wanita x da nilai langsung dalam novel2 mcm tu...
    Sebab akhirnya, heroin akan maafkan jugak apa saja kelakuan hero kerana cinta...
    Terlalu murah maruah dan harga diri wanita...
    Sedangkan penulis dan pembaca novel, majoritinya wanita...

    Kucc mmg gaya bahasanya mantap, satu lagi yang saya x lepas kalau ada n3 baru...
    Blog e-man sufi, SYK dah ada dalam simpanan versi cetak, sedang tunggu HCSPH dan BRVSJ...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  46. w.t. ,
    i like what u said - i myself feedup reading those types of stories - merapu tak abis2.

    Disini the writer did something different - ada konflik tapi di selesaikn dengan cara yg baik e.g citer Arluna - konflik berat tapi nampak ringan pd pembace sebab writer bijak menyelesaikn nya - dan sentiasa ada part ceria!
    & yg paling penting penulis KL sentiasa berpijak di bumi nyata - life reality org Islam & melayu. tahniah penulis
    JET - memang best!! tak bosan bace!

    -ibb

    ReplyDelete
  47. hahhaa..saye pon dh jadi mcm hajar..gelak mcm tnggiling neh bce komen2 korg..

    duhai..pasni kalau xde entry,kmpom page kak rin sunyi sepi...

    ReplyDelete
  48. !uglybetty malaya!
    Sy jawab, nk marah part Sean-Indah, nk gelak part Que over tu kan? Kan?
    full mark teddy bear. Haiyak..cpat tersentuh betul hati awk ya. Sy zezaman becinta dpt bear last2 duk kat kepala katil. X reti nk feel. Hahhaha...


    w.t
    thanks 4 ur info. Sy tgah lyn SYK. Not bad.
    Sy kalau nk jln2 sdiri mmg x lah. Tgu org recommend.

    ibb
    walaweii...dah sah sy bukan hantu. Harus berpijak di bumi yg nyata. Korg neh mcm2. Enjoy my Que-Sara


    syira
    yeah dear. me too. Can't stop guling2...
    doalah sy sentiasa meroyan. Br ada n3. Sehari 3 n3 sekali pun sy pnah buat kan?

    ReplyDelete
  49. ishhh...buruk tul perangai si indah nih..x padan ngan nama...org bg susu die bls tuba laks...

    ReplyDelete
  50. Anonymous
    hehhe mmg ikan tuba spesis dungupiang neh

    ReplyDelete
  51. baru jelas sikit cerita psl sara n hutang ss

    ReplyDelete
  52. owh sean kawen ngan indah rupanya....kesian sara

    ReplyDelete
  53. Arrrrrrrrgggggghhhhhhhhhh ! MR. Teddy. U're so cuteeee!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...