Tuesday 10 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 1






“Awak ni Landscape Architect ke tukang kebun?”
“Minta maaf Encik. Staff saya salah fax design. Design yang difaxkan kepada Encik tu untuk projek lain sebenarnya.”
“Awak tak faham bahasa ke? Do I need to repeat my question?”
Tinggi suara jejaka di hujung corong telefon. Sebelum telefon dijawab lagi, Miza sudah memberi isyarat merah, zon pelanggan yang tidak boleh dibawa berunding. Control composure Jasmeen! Client is always right! Mantra tersebut memang dipahatkan sentiasa diingatan agar tiap kali dimaki hamun Jasmeen tetap boleh berlagak tenang. Kadang kala mantra yang dipahat pun boleh bergegar – gegar kat kepala ni apabila terang – terangan kesalahan memang dibahu pelanggan itu sendiri. Sekarang situasi memang tegang  kerana dalam kes ini memang terang lagi bersuluh, salah Cik Miza kita tu ya.
“Minta maaf Encik. Saya Landscape Architect bukan tukang kebun.”
Then act like one!
Talian dimatikan. Jasmeen terkedu. Miza yang dari tadi berdiri di muka pintu biliknya menyusun sepuluh jari memohon maaf. Raut wajahnya jelas takut dan penuh perasaan bersalah.
“Awak dah jumpa design sebenar yang sepatutnya awak fax tadi?”
“Dah Cik Lysha.”
Fax sekarang ya. Lepas tu call client untuk pastikan mereka dapat. Jangan fax buta je. Follow up dan follow through tu penting.” Lembut Jasmeen memberi arahan.
Ketegasan Jasmeen di dalam kelembutannya membuatkan semua kakitangannya amat hormat kepadanya. Syarikat yang dibina bertahun sudah ini mendapat tentangan hebat daripada Papanya sendiri. Tinggi harapan Papa untuk melihat Jasmeen menyambung hasil titik peluhnya tetapi Jasmeen tetap dengan pendiriannya sehinggalah membawa kepada penubuhan Integrate Landscape Sdn Bhd ini.
 Nak marahkan Miza terang – terangan pun bukannya budak kecil lagi. Miza sendiri pun dah lama berkhidmat untuk Integrate Landscape. Bagi Jasmeen semua orang pernah melakukan kesilapan dan kesilapan sekecil ini masih boleh dimaafkan cuma Jasmeen agak terkilan kerana ini projek pertama dengan Modenreka dan yang menjerit di talian tadi ialah Boss merangkap Ketua Arkitek di Modenreka. Jatuh imej pada pandangan pertama.
“Cik Lysha, tapikan..”
“Apa lagi Miza?” Jasmeen merenung tajam ke arah Miza yang masih berdiri di muka pintu menanti bait – bait yang bakal dimuntahkan oleh Miza.
Client tu handsome sangat! Tersangat – sangat!”
Get out now.” Perlahan Jasmeen memberi arahan.
Ingat apa la tadi. Handsome ke? Kacak ke? Macho ke? Ganteng ke? Ada kena mengena dengan Fellah Delisya binti Farhan? Ada kena mengena dengan Integrate Landscape Sdn Bhd? Namun Jasmeen tetap mengakui suara di hujung corong telefon tadi kedengaran amat berkarisma. Suara yang berkarisma sudah pasti sedikit sebanyak melambangkan peri rupa empunya suara. Boss Modenreka tu handsome dan berkarisma la agaknya. Karisma dalam kurang ajar. Boleh gitu?


***


Nama: Fellah Delisya binti Farhan
(Jasmeen nama manja sebab arwah nenek yang panggil.  Fellah tu katanya dalam bahasa Arab bermaksud bunga Jasmin. Apa – apa je lah tapi aku suka lagi orang panggil Jasmeen sebab Fellah tu macam pelik sangat.)
Umur: 27 tahun
Status: Bujang (Tak apa sebab belum lagi masuk kategori anak dara tua.)
Pekerjaan: Arkitek Lanskap (Orang selalu ingat aku tukang kebun! Tak kisah pun.)
Bapa: Farhan bin Abdullah
Ibu: Nur Maria binti Malik
Adik: Ferhad Daniel bin Farhan
Suara Bob Marley berkumandangan. Telefon diambil di celah handbag. Nama pemanggil dibaca. Ferhad. Panjang umur. Baru terlintas di fikirannya untuk menghubungi Ferhad sebentar tadi.
“Meen, jomlah keluar. Bosanlah duduk terperap kat rumah je.” Mendayu suara Ferhad menuntut perhatian Jasmeen.
“Tak nak lah. Hari minggu je aku ada peluang nak rehat. Nak tengok pokok bunga sendiri. Hari kerja sibuk kena layan pokok bunga orang. Kau datang sinilah. Aku buat BBQ.” Jasmeen menjawab malas.
Sesungguhnya dia memang malas nak merambu tak tentu hala di hujung minggu.  Pokok bunga sendiri yang dimaksudkan walau cuma taman sekangkang kera yang dihias ringkas di balkoni kondominium mewahnya tetap mendapat perhatian utamanya. Lega dan hilang penat lelah seharian bekerja di luar apabila melangkah masuk ke rumah, balkoni yang sentiasa dibiarkan terbuka menghidangkan suasana damai dan tenang. Kalau tengok lanskap ringkas tersebut, sesiapa yang melangkah masuk ke rumah Jasmeen pun pasti tertawan dan sanggup saja tidur di balkoni.
Balkoni yang mempunyai ruang yang terhad itu telah diubahsuai seratus peratus. Lantai ditukar dengan hamparan kayu yang tahan hujan dan panas. Di sekeliling persegi balkoni ditanam pokok bonsai yang berpuluh tahun umurnya. Sentuhan hardscape daripada kayu jati yang berlekuk selang seli di dinding dihiaskan dengan gantungan mini pot yang ditanam pokok bunga yang berwarna warni. Yang paling istimewa ialah tiang kayu jati ditinggikan dikedua – dua hujung balkoni yang diserikan dengan pokok bunga kertas yang berwarna pink terang cantik menjalar di tiang. Buaian kain yang dijahit khas dengan pilihan kain yang tahan cuaca digantung di kedua – dua tiang. Sekali pandang apabila melangkah ke ruang balkoni seumpama berdiri di taman yang cukup indah!
“Ala, nak tengok wayang.” Rengek Ferhad lagi.
“Tengok kat Astro First je lah. Nak tengok cerita apa? Aku subscribe sekarang. Kau datang lepak rumah aku.” Balas Jasmeen masih berdegil.
“Meen, jomlah. Please.”
Tak sampai hati pula mendengar rayuan Ferhad Daniel, adik lelaki yang berumur 21 tahun tapi perangai manjanya kalau dengan Jasmeen kalah budak Tingkatan 1. Nak harapkan Papa dengan Mama nak bawa Ferhad tengok wayang jangan haraplah. Faham sangat kalau hujung minggu begini, Papa dengan Mama sentiasa sibuk. Event! Event! Pelbagai majlis rasmi yang harus dihadiri mereka sehingga masa untuk anak sendiri amat terhad. Menjadi bekas orang kerajaan penting dan orang ternama amat sukar. Terlalu ramai orang yang menuntut diberi perhatian dan layanan.
“Aku terus jumpa kau kat Wangsa Walk. Tengok wayang kat sana je.”
“Lah, jomlah tengok kat Pavillion, KLCC ke.”
“Nanti kau pergi shopping lepas tengok wayang. Kalau kat Wangsa Walk aku tahu tak ada yang kena dengan selera kau. Aku nak terus balik lepas tengok wayang.”
“Kenapa aku ada kakak yang tak rock macam ni? KLCC please.”
“Kalau kau nak kakak yang rock, pergi ajak Ella jadi kakak angkat kau. Baru betul – betul rock.” Marah pula Jasmeen mendengar kata Ferhad.
“Meen, please.” Ferhad masih merayu untuk kesekian kalinya.
“Lepas tu teman aku pergi nursery kat Sungai Buluh kalau sempat.” Jasmeen akhirnya mengalah. Tak sampai hati mendengar rayuan Ferhad. Tak salah pun menghabiskan masa untuk satu – satunya adik kandung.
“La, kau pergi sendirilah. Tak ada kerjalah aku nak pergi cari bunga.” Tukas Ferhad dengan nada malas.
“Giliran aku tak nak pula kau teman.”
“Aku ajak kau hilangkan penat bekerja. Ajak enjoy. Kau kerja macam kuli dah aku tengok. Semua nak buat sendiri.”
“Akukan boss merangkap kuli. Multiskill ni namanya.”
“Kat nursery kau tak ada bunga tu ke yang kau nak cari sampai Sungai Buluh?”
“Tak adalah. Kalau ada kat nursery aku buat apa aku pergi beli pokok bunga orang? Datin ni cerewet sikit. Private landscape punya job ni. Menyesal juga aku ambil job ni.”
Tiba – tiba terlintas ingatan perbualan telefon dengan Bos Modenreka tempoh hari. Budget handsome lah tu kalau orang dah minta maaf pun dia tak boleh nak cakap elok – elok. Desis Jasmeen di dalam hati. Rasa nak juga diluahkan kepada Ferhad Daniel tentang peristiwa dimarahi jejaka budget handsome itu tapi dipendamkan sahaja. Lupakan je lah.
“Mesti dia layan kau macam tukang kebun kan?” Ferhad kadang – kadang bengang juga melihat Jasmeen yang sanggup turun padan semata – mata nak memilih bunga mengikut kepuasan pelanggan pada hal memang tak level lah. Bukan kerja Jasmeen tu.
“Biasalah. Macam kau tak tahu.”
“Jadi ke tak ni? Please... Penat dah aku merayu. Nak jumpa kakak sendiri pun susah.” Ferhad kedengaran seperti berjauh hati sahaja.
Ah.. Ferhad Daniel memang pandai membeli hati seorang kakak. Jasmeen amat mengerti tentang perasaan Ferhad kerana dia pun pernah melalui fasa yang sama. Zaman remaja yang amat sunyi. Patutnya kau cari girlfriend ramai – ramai Ferhad, jadi playboy. Janji hidup kau meriah. Meriah dengan hiburan, meriah juga dengan masalah! Namun Ferhad Daniel umpama cermin Jasmeen. Kalau Jasmeen meletakkan cinta di carta terakhir hidupnya maka Ferhad Daniel pun mempunyai carta yang sama. Cinta yang suci akan datang dengan sendiri, tak perlu dicari! Prinsip mereka tentang cinta sama.
“Yalah.” Jasmeen mengalah.
LG Prada diletakkan di atas meja. Panas dirasakan cuping telinga apabila lebih daripada 10 minit bercakap di telefon dengan Ferhad. Telefonnya yang usang itu ditenung lama. Kewujudan pelbagai telefon pintar di pasaran daripada bermulanya taufan Iphone sampailah ke ribut  Iphone 4 tidak pernah menarik perhatian Jasmeen. Dia tetap setia dengan LG Prada yang dibeli lima tahun yang lalu. Baginya cukuplah menaiktaraf laptopnya ke Ipad. Cukuplah dengan mengusung Ipad untuk pelbagai kegunaan maya. Telefon cuma alat berkomunikasi yang asas sahaja. Janji boleh bercakap, boleh berSMS dah mencukupi bagi Jasmeen.
 Jasmeen cuma amat geram kerana aksesori LG Prada amat susah dicari di pasaran. Sarung LG Prada kepunyaannya berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit sudah kusam. Hampir kesemua butik Prada yang ada di Kuala Lumpur sudah dijelajah untuk mencari sarung rekaan khas LG untuk Prada tetapi ternyata aksesori tersebut amat terhad pembuatannya. Setiap satu telefon hanya diberikan satu sarung sahaja dan Prada tidak mengeluarkan aksesori sarung tambahan yang lain. Malang sungguh!
Remote Astro dicapai. Butang off ditekan. Remote air – cond pula dicari. Mana pula ni. Jasmeen tercari – cari sampai ke rak TV.
“Hah! Ni pun.” Jasmeen menarik remote air cond tersebut yang elok terletak di atas susunan majalah.
 Remote diambil. Surat yang diterimanya semalam yang berada di bawah remote tadi menarik perhatiannya. Tertera dengan jelas nama Fellah Delisya binti Farhan di sampul surat tersebut. Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke The New York Botanical Garden, School of Professional Horticulture, ditimbang – timbang. Bersilih ganti daripada telapak tangan kanan ke telapak tangan kiri.
“Kalau Papa tahu, mati.” Desis Jasmeen.
Surat diletakkan kembali. Beg tangan Gucci ebony diamante yang hanya boleh didapati eksklusif di gucci.com disangkut ke bahu. Kunci kereta yang disangkutkan di kotak kunci yang berbentuk burung ditarik.
“Bibik, bibik.”
“Ya Cik Lysha.”
“Saya nak keluar dengan Ferhad. Tak payah masak ya untuk saya malam ni.”
Kalau dah keluar dengan Ferhad, mesti banyak aktiviti sampingan daripada aktiviti wajibnya. Selepas menonton wayang sudah pasti Ferhad akan menyuruhnya jadi dayang pengiring menemaninya membeli - belah. Tak padan dengan lelaki, kuat shopping mengalahkan Jasmeen.
Alang – alang keluar baik ajak Ferhad makan makanan laut di Jalan Alor, Bukit Bintang. Tempat makanan laut yang paling sedap tetapi paling tak senonoh lokasinya. Yang makan di situ pula bukan calang – calang orang. Tengok kereta – kereta mewah yang terparking di deretan gerai sudah cukup. Nampak sangat gerai tersebut amat terkenal dan orang sanggup pejam mata tapi hidupkan deria rasa lidah. Jasmeen hampir pengsan melihat gerai – gerai di Jalan Alor tersebut apabila pertama kali diperkenalkan oleh Herlina. Tapi bak kata Herlina dulu, sekali makan pasti nak lagi! 

47 comments:

  1. nice one! keep it up.. :)

    ReplyDelete
  2. As-salam dear KL,

    Heroin name is so unique sure as beautiful as the person herself! but what really catch me is her nickname JASMEEN sooo sweeeeeet gitu*hmmm... kot writer salah spelling tang 's' tuh x nak ke tukar 'z'

    Ishhh ... kemain g Jasmeen ahaaksss - 'mengakui suara di hujung corong telefon tadi kedengaran amat berkarisma.'

    yeah so tats the beginning to get to know Fareez who sounds so arrogant yet could not be denied he has the charisma!

    Jasmeen is one of Fareez clients' whom he thought is only a worker at a flowers' nursery! but actually a landscape architect with her limited thingy!

    so this shud be a 'bombastic' story to follow ...

    TQVM KL ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      cewahhh gaya komen mcm x pnah baca ya..perli I apa?

      hahhaaha....kalau I knal u dulu sure I'll replace 's' with 'z' lol!

      Delete
    2. KL,

      mana ade perli - kan dulu segan nk komen so reading pon nyurok - malu gitu!
      but still malu le ... ahaaaks!
      now following the story epi by epi mesti le bombastic & more merrier ... :)

      Delete
  3. it's back...love it....

    ReplyDelete
  4. Atty Ismail10/7/12 8:59 pm

    Yahoo....Meen dah kembali

    ReplyDelete
  5. rinnn...
    sa sengih lebar... macam ni..ngeeee~~~~ni barulah ada feel bila sa baca GET ;)dia kuar satu2, dah tau cerita pun masih ada excited feeling ;) pengubat USD ni ;)

    bila baca nama heroin dia balik2, otak terimagine kak jazmeen yang jiwa dia sgt sentimental tahap rama-rama comel ;p...

    thank u so much for the n3 rin. biggggg hug! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time baca ke ni emy?
      jgn meroyan dgn hero ni plak...ni lg ramai peminat dr SA okay!
      welcome....XOXO!!

      Delete
    2. reread balik rin...tapi masa sa baca 1st time dlu, yg dlm p2u tu. yf arluna pun sama. masa tu nak komen pun segan. zoommm aje baca sampai last n3. gelojoh ke x? of course...ngeeee~~~

      Delete
  6. Dear writer..
    GET will be updated every episode either until bab 48 or more than that?? (*_*)

    -fathmumtaz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear reader,
      eeiii lama x tgk nama ni. Rindu :p
      more than tat? R u serius?? hahahha....u knw the answer LOL!

      Delete
  7. akhirnya.... dpt jgk ....
    nilah namanya rezeki....
    thank you darling.... hahaha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ni re-read ke br 1st time?

      Delete
    2. 1st time.... kenal KL pun belum sampai 5 bulan... :)

      Delete
  8. ehem. ada org kata dia sakit hati bila GET republish. haha, sama-sama kita bertabah menunggu ya? ;)

    wehuuu, enche' archi 'kerek' plus mulut jahat ni dh kembali. dulu masa follow rs blur2 je bab 1 ni. hehe. but surely i'll refollow this story again walaupun saya tak jadi heroin. *choke-choke* :P

    ReplyDelete
  9. hahaha siapakah duhai hati yg sakit itu?
    aiii...org yg tulis ni lg sakit tau :p

    ReplyDelete
  10. hero krypton da balik bumi.. ramai yang minat hero ni tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh.. pecayalah saya.. hero ni x besh! :p

      Delete
    2. mizz acu niii *cekak pinggang

      Delete
    3. hahahhaa.. Joe je yg besh! ;p

      Delete
  11. assalam rin.
    nice intro.. 1st time layan GET.. yg sblm ni tak baca pasai byk sgt chapter dah post .. nanti xtido lak 1 mlm ai wat marathon.. ekkekekee.

    tak sabar nak tunggu next n3.

    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      layan epi by epi la br unsur2 suspen tu wujud :p
      jgn marathon ya bln puasa...letih sy dpt saham....

      Delete
  12. Kembali semula bc GET, try buat2 hilang ingatan jap haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL ... arzalif ayat x leh blah of the decade!
      excited!

      kan KL ... reread GET mcm x penah bace GET & baru jumpa GET!!

      u r amazing KL!!!

      Delete
    2. akak jgn kak....x igt jadual shooting btul2 karang :p

      Delete
    3. Haha klu x buat2 lupa kang asyik sibuk nk bc lompat 2. Susah nk feel kihkih.shooting ada jadual so xkn lupa lain la GET, mujur ada dan kl tlg tag citer dh msk. PA terbaik hihi

      Delete
  13. ehem2.... buat saya jatuh cinta balik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...awk nk curang dgn Travis ke?

      Delete
    2. ehhhhhhhhhhhhhhhh... mana tahu ni??? travis tu kekaseh gelap saya......

      Delete
  14. ohhhh.. here come hero yg slow!! kahkahkah..
    larikssssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. this one i couldnt agree more...very the slow

      Delete
  15. i likeeeeee.....
    \(^_^)/

    ReplyDelete
  16. aduhhhhhhhh kak rin, saja bagi perangat ye? dekat2 bulan puasa mmg menguji kesabaran, GET ini terlalu jauh dapat kugapai >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....bukan perangat...x mo blog trus deactivate...just playing around :))

      Delete
  17. baru dapat baca get...
    kak rin ada buat perubahan ke dengan yg lama....
    ke kak rin ada buat penambahan....
    atau pun ini versi bercetak....

    ini lah kisah jasmeen n fareez ...
    mula2 dah gaduh...
    fareez ni mesti perasan bgs ni...nasib baik dapat jasmeen yg penyabar...
    mane ada org yng x buat salah...apa la fareez ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm sy x pandai edit ryana...ada sikit je ubah kot...tp mcm yg sy sent la...
      but overall kalau sekali lalu mcm dulu jgak sbb plot langsung x berubah.

      Delete
  18. 1st time bce read dis novel,.can feel da aura keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. x follow ke dulu nie? Actually ni re-publish je :)
      sila follow ok!

      Delete
  19. suke, hehe. cerita dari KL senantiasa menarik, syabas ^_^.

    muda13

    ReplyDelete
  20. suka...suka...suka... nak meroyan bulan2 pose ni. tengahari x leh lunch, so blehlah bercinta dgn fareez...

    ReplyDelete
  21. Rasa best sangat bila baca novel ni.... isteri saya kaki novel dan saya tumpang-tumpang je... ternyata novel ni memberi kepuasan tak terlalu berat dan tak terlalu ringan

    ReplyDelete
  22. Best sangat rasanya bila baca GET ni

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...