Sunday 30 December 2012

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 3



      
           ZAKI mengikut langkah Darren ke ruang kolam renang di tingkat atas. Entah kenapa malam ni port lepak berubah. Biasanya di kondo Darren di Jalan Ampang tapi hari ni Darren suruh datang ke banglo yang dibelinya setahun yang lalu di Equine Park.
            “Kau tengah layan apa ni?”
            Darren nampak macam tak sabar sangat nak sambung melayan TV sebesar 70 inci yang dipasang di hujung kolam renang. Memang heaven kot duduk sini dari kondo kecik di Jalan Ampang tu kalau nak banding dari segi segala benda yang ada kat dalam banglo ni. Di depan kolam renang disediakan sofa 3+1, meja bulat, island bar yang ringkas, meja pool dan pintu kaca yang bersambung dengan ruang santai ialah bilik gym. Lengkap serba serbi. Rasa macam tingkat 2 banglo ni Fitness Centre pula.
            Patut kecoh suruh dia tolong cari sebut harga bulan lepas. Diam – diam dah lengkap serba – serbi banglo ni. Persiapan orang nak kahwin katakan. Dia bukan ahli perniagaan macam Darren tapi kawan sekeliling ramai yang gila gym. Itu yang harga yang Darren dapat untuk semua barang gym dia memang harga runtuh.
            “Aku tengah layan Act Of Valor...dia punya combat scene superb. Macam Band Of Brothers. Duduk – duduk.” Darren menyuruh Zaki duduk. Dia sendiri bersandar di sofa dan kaki diparking di sofa bulat di depan.
            “Aku dah tengok. Terlayan dengan seorang awek ni kaki action pack. Untunglah aku tak payah terjah cinema layan cerita stok True Blue.”
            Darren tergelak melihat Zaki yang bergerak ke bar. Istilah cerita True Blue tu untuk stok cerita cinta – cintun tahap tak boleh blah. Malanglah kalau tersalah dating dengan awek – awek True Blue. Darren sendiri pun dah banyak kali terkena. Kena tengok cerita I’m not single yang dia ingat sekurang – kurangnya cerita True Blue versi Hollywood. Sekali cerita Melayu kisah budak – budak Vitagen kena kahwin paksa. Dah kahwin pun main garis – garis kawasan jajahan pula. Sungguhlah dia tertidur tak sampai setengah jam duduk dalam panggung. Tak mampu nak menghayati kemanisan di wajah heroin dek kebodohan hero yang alim – alim kucing.
            “Lepas kau keluar dengan Bellina hari tu, kau keluar tak dengan Veronica?”
            “Tak, dia merajuk dan aku malas nak pujuk. Aku keluar dengan budak marketing pejabat Ojai.”
            “Hezra?”
            Darren mengangguk.
            “Baik budak Hezra tu. Budak baru masuk kerja Ojai cakap. Dapat kat kau terus?”
            “Nampak memang cun tapi bukan taste akulah. Bukan manja seksi tu, manja gedik tau tak. Rimas aku duduk call – call lepas tu ugut tak nak jumpa. Major turn off lagi ialah sebab terlalu kebudak – budakan. Kau tak tengok lagi mesej dia kat aku. Nak muntah hijau aku baca.”
            iPhone dicampak ke peha Zaki yang baru duduk di sofa. Darren membuka tin coke yang dihulurkan oleh Zaki tapi tak lengkap pula nak minum tanpa susu. Bibik yang kebetulan lalu nak hantar pizza yang disuruhnya bakar sebentar tadi.
            “Bik, tolong. Coke susu macam biasa.” Darren menghulurkan tin coke kepada Bibik. Pandailah dia nak buat apa kalau dah sebut menu kegemaran. Bibik bukan duduk sini, dia akan datang kalau Mommy suruh datang sahaja. Sekejap lagi dia boleh suruh pemandu pejabat dia tolong hantar Bibik balik.
            AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk BeTOrl TowieE YerHh
            Zaki memegang perut menahan gelak. Budak – budak zaman sekarang memang rosak. Bahasa pun dirosakkan habis – habisan.
            “Darren, kau tutup kilang filter kau, kau bukak bisnes kamus baru untuk generasi baru. Senang sikit old school daddy to be macam kita, grand dad macam Daddy kita nak faham. Traslate siap – siap apakebenda ni.”
            “Idea kau memang cayo tapi aku tak sanggup nak buang daulat bahasa aku. Nanti nampak macam menyokong pula grammar wreckage ni.” Darren tersenyum tapi mata masih melekat di TV.
            “Nih, aku tolong taip. Kau reply balik kat awek tu.” Zaki menunjukkan skrin mesej yang ditaipnya kepada Darren.
            Aperw Bubbee ayartt Koh NiH Arhkoe Tak pUrhamm Larhhh BunckSart !
            Darren tergelak besar.
            “Expert . Pergh! Mana kau belajar? Ke dah terjebak? Kau jangan, aku sound awal – awal ni. Mana – mana kawan aku yang update status di FB pakai bahasa itik mengawan ni, aku unfriend tak teragak – agak punya.”
            “Tuan, maaf mengganggu. Ada orang datang.” Bibik yang datang menghantar segelas coke yang siap dicampur susu pekat manis memberitahu sopan. Tak sempat Zaki nak cakap dia google je cari sampel.
            “Kau ada ajak siapa lagi datang malam ni? Mikhail?” Zaki Zacharyl berkerut kening melihat Darren melangkah turun meninggalkan aksi rancak Act Of Valor dan topik hangat itik mengawan.
            “Bukan. Jom turun jap.”


            DARREN dan Zaki duduk bersimpuh di ruang tamu. Bayangkanlah dua jejaka kacak dikelilingi oleh 500 kuntum bunga mawar berwarna merah. Zaki dari tadi tak mampu nak berkata apa. Tak percaya pun ada. Memang segala lagak romeo Darren, dia pun sama naik tapi rasanya mereka tak pernah lagi bagi mana – mana perempuan kat atas dunia ni 500 kuntum bunga. Darren siap kira tu.
            “Cara kau ni tak manis la. Kata nak gaya ustaz, yang kau pergi mintak direct, lepas tu ni bunga bagai, propose ala – ala Hollywood tu kenapa? Orang minta dengan wali. Nampak sikit kesopanan dan kesusilaan.”
            Darren malas nak layan komen Zaki dan menolak pintu sliding ruang tamu. Rokok dinyalakan. Harum pula ruang tamu hari ini. Maklumlah dia yang suruh florist hantar ke sini. Esok pagi nanti dia akan suruh despatch dia sendiri hantar atau buat surprise lain? Hmm....
            “Masalahnya walinya  dah berbincang sama – sama pengarah urusan. Aku kuli tukang jalankan je. Kau kena faham. Bukan aku yang cari. Yang lamar Bellina at the first place pun bukan aku. Kalau aku tak buat semua ni pun memang kitaorang kahwin jugak tapi aku tak nak lah kahwin macam tu. Tak thrill. Nak juga aku rasa feel nak pikat bakal isteri.”
            “Tak baik la kau nak pikat dia sungguh – sungguh. Kesian Bellina nanti.”
            “Usahlah dirimu berlagak seumpama air nan jernih yang berada di dalam bekas yang berdebu....hak ptuih...ptuih.” Darren tergelak dan pura – pura meludah di rumput karpet yang menghijau disinari lampu garaj.
            Zaki menyambung gelak. Memang dasar playboy! Dengan bakal bini sendiri pun nak diayatnya. Pening nak melayan Darren ni. Konon datang nak bincang rancangan nak pergi Perhentian dengan Mikhail hujung minggu ni tapi ke longkang semua topik malam ini.

            BELLINA tergolek – golek di atas katil melayan iPad.
            Bingo!
            Jumpa juga profile yang dicari.
            My hubby to be, I’m stalking your wall...hello...
            Bellina tersenyum – senyum. Dia tak reti nak tanya direct sangat benda – benda peribadi yang dia naklah tahu juga mengenai jejaka bernama Darren ni. Dahlah malu selori kantoi buat tayangan porno. Nasib baik bakal suami. Darren cakap tak nampak pun dia yakin seratus peratus Darren nampak. Budak baik katakana. Bellina yang tertipu dan menipu tergelak melihat gambar yang diletakkan oleh Darren di Facebook.
            Darren pakai timeline baru. Ada patut gambar besar dia letak gambar kilang dia, siap gambar filter  - filter yang dia jual dan di gambar kecil barulah gambar dia sendiri. Tu pun pun tak nampak muka okay! Dia teka tu Darren sebab rasa macam ya badan Darren tu. Ke gambar model filter tu?
            “Ehem...” Bellina duduk bersila di katil pula. iPad diangkat letak dan diulang lagi sampai akhirnya dia meniarap dan membaca info yang Darren letakkan di Facebook nya. Sedang mengenali bakal suami.

Name: Darren Umar
Work and Education: AAF Filter Asia Sdn Bhd
Employers: AAF Filter Asia Sdn Bhd
Graduate School: Pennsylvania Wharton
College: Pennsylvania Wharton
Living: Puchong
About Darren: Basic Info: o-bladeee o-blada life goes on brahh! lalala how the life goes on...

            Seksinya dia punya tagline ke moto hidup? Tak gaya ustaz ni, gaya free thinker ada but overall is cool! Tak malu nak add friend okay. Bellina tergelak jahat.
            Oh la la!


oh tersgt x leh blah tgk muka dorg zmn muda. & Yusry? uwaaa..
terus teringat Lisa. Motif? Nak buat iklan korang dah baca ke kisah Nur Lisa dlm USD?
lev..lev..lev..


3 comments:

  1. bahahahaha this is soooo gooooddddddd.

    ReplyDelete
  2. Love this entry.. Kelakar lah rin.... Next

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...