Sunday, 30 July 2017

LOVE, LILA - CHAP 10

           






SUASANA di ruang tamu rumah Encik Jayden meriah dengan gelak tawa Juita, Julia dan Juhaidi. Macam – macam cerita keluar. Cerita basi semasa mereka bercuti di Melbourne tanpa Jude pun keluar lagi. Tak habis – habis biarpun dah berbulan. Maklumlah, dah lama mereka tak bercuti lengkap berlima. Mesti ada yang tercicir.
            “Hari tu dengar cerita cari the best roses in town. Nak bagi kat siapa?”
            “Tak payah tanyalah Juita. Jude ni mak cik cleaner pun dia bagi bunga.”
            “No Daddy. You should see his eyes. Bercahaya semacam.” Cepat Julia membangkang pendapat si ayah.
            Encik Jayden angkat kening. Juhaidi pula selamba sahaja menyuapkan makaroni bakar ke mulut.
            “I’m ready.” Juhaidi jawab gaya tak ada perasaan. Terus semua mata memandang ke arahnya.
            “Ready what?” Tanya Julia dan Juita serentak.
            “To settle down.”
            “Daddy ingat keutamaan Jude sekarang nak selesaikan hal kerja. Kata banyak masalah. Isu copyright lah, contractual lah. Mana satu ni?”
            “Daddy dah risau abang tak join Brown. Nasiblah.” Julia gigit bibir dan angkat bahu tanda tak nak masuk campur.
            Juhaidi meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Mulut dilap dan pinggan ditolak sikit ke depan. Banyak juga dia makan. Berselera sebab adik – adik perempuannya memang pandai masak. Keistimewaan yang jarang jumpa untuk perempuan muda di zaman moden ini. Tambah lagi mereka mempunyai pembantu rumah. Didikan arwah Mommy memang hebat. Anak – anak dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran dan diajar agar pandai berdikari.
            “Daddy, Jude minta izin nak kahwin.”
            Encik Jayden terbatuk – batuk kecil. Juita tutup mulut. Julia tepuk tangan.
            “Tahniah!” Julia sahaja yang menerima berita yang dibawa Jude tanpa ada kepentingan sendiri. Cuma tadi apabila dia bertukar pandangan dengan Juita, umpama telepati mereka risaukan bagaimanalah penerimaan June nanti. Juita agak rapat dengan June jadi untuk terus sama – sama merasa gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh Jude agak mengambil masa.
            “Julia dan Juita dah siap makan?”
            Ekor mata si ayah disambut dengan sedikit rasa gusar. Nampaknya jalan si abang tak semudah yang disangka.
            “Dah.” Juita menjawab sambil meneguk air limau suam kegemarannya.
            Julia angguk tanda dia pun dah siap makan.
            “Daddy ada nak cakap sikit dengan abang. Tinggalkan kami berdua sekejap.”
           


            ALILA teragak – agak untuk memberitahu Jude rancangannya hari ini atau tidak. Pakaian yang ada dalam almari diselak – selak. Rancangan mereka ialah ke Pavillion untuk membeli – belah. Kemudian cari tempat untuk makan dan lepak – lepak. Jadi kod pakaian boleh saja smart kasual. Ringkas sangat tak boleh kot terjebak makan malam kat restoran yang kategori ‘Fine Dining’.
            “Bukan suami pun. Tak payahlah nak report segala.” Alila membebel sendiri. Sebenarnya dia kecewa. Siang tadi Jude janji kalau dia lapang, nak bawa Alila makan malam tapi tengoklah dah hampir petang dan tak ada berita langsung. Alih – alih, budak – budak Mount E yang turun KL kerana menghadiri kursus pula yang sibuk ajak dia keluar merambu. Malam minggu kot, mana ada budak – budak sebaya dia yang separuh hidup menghambakan diri kat tempat kerja bila cuti nak duduk bertapa kat rumah.
            Akhirnya Alila memutuskan untuk memakai gaun potongan tirus yang labuh ke lutut berwarna kuning terang. Rantai leher panjang dengan loket geometri hitam disuai – padankan. Rekaan gaun tersebut cukup ringkas dengan leher berbentuk V dan berlengan pendek. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas sahaja. Alila berpusing di hadapan cermin. Okaylah, nampak ceria sikit pakai warna macam ni. Black is so boring. Pink is so foxy but I just hate pink.
            Tepat pada pukul 5 petang, Alila dijemput di hadapan rumah. Mujur Mama dan Papa tiada di rumah jadi tak ada sesi soal jawab sebelum keluar rumah. Hanya pesanan melalui WhatsApp diberitahu kepada Mama. Takut juga terbabas sampai tengah malam baru balik.
Setelah berjam – jam keluar – masuk kedai, Alila bersyukur sangat dia tak gatal nak sarungkan kasut bertumit tinggi. Mujurlah dia selamba sahaja menyarungkan sandal bertali halus.
            “Makan jom.” Seetha dah mula lapar.
            “Makan kat sini atau kat luar? Tuan rumah, ada cadangan?” Ivana merujuk kepada Alila yang terkial – kial dengan beg plastik dan beg kertas hasil membeli – belah sebentar tadi.
            “Aku mana – mana pun boleh tapi tunggu aku solat kat sini jap. Korang fikirlah. Malam minggu ni. Kalau nak lepak makan lama sikit baik kita keluar.” Alila sekadar memberi cadangan. Elok dia siap solat harapnya rancangan dah ada. Dia gagal sikit bab memberi cadangan makan dan lepak – lepak ni sebab mana – mana pun dia taram.
            “Kitaorang tunggu depan kedai Smiggle.” Janet membuat gaya menghalau Alila agar cepat – cepat pergi.
            Alila menyerahkan beg - beg ditangan kepada Janet. Malas nak usung semua masuk surau. Dah tua pun layan Smiggle lagi. Bahaya produk alat tulis keluaran Australia ini ialah orang nak beli bukan sebab nak guna tapi sebab suka tengok. Semua produk berwarna terang seperti warna kuning gaun yang dipakai dan mempunyai identiti sendiri. Kalau dia masih budak sekolah, mahu kopak Mama nak beli semua alat tulis ni. Mahal kot!
Alila meninggalkan Janet, Sheeta dan Ivana. Tak risau pun sebab ini bukan kali pertama pun bekas rakan - rakan sekerjanya di hospital Mount Elizabeth datang ke Kuala Lumpur. Mereka dah biasa. Macam mana Alila hafal setiap ceruk Vivo di Singapura, begitulah sahabat – sahabatnya dah hafal setiap ceruk Pavillion. Sepuluh minit kemudian Alila selesai mendirikan solat Maghrib dan keluar dari surau dengan make up di wajah yang dah dibersihkan. Malas nak merias lagi, Alila hanya melengkapkan gaya dengan mengoles gincu berwarna neutral di bibir.
            Mereka berlima meninggalkan Pavillion sejurus selepas meninggalkan butik Smiggle. Kali ni Alila tak terjebak membeli pen walau pun habis juga dekat lima ratus ringgit Alila berbelanja. Jururawat dengan pen hilang umpama irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan. Tak sah kalau tak hilang pen melainkan gantung kat leher. Mujur awal bulan. Alila jenis spesis berjimat cermat. Nak cari baju nak yang fesyen cantik – cantik tapi kalau boleh nak masuk kedai tahap Reject Shop aje. Cuma hari ni terbabas juga beli dua pasang baju jenama Dorothy Perkins dan Bebe. Kena bertaubat lepas ni sebab wajib dah simpan duit nak kahwin kalau molek sahaja perjalanan hubungan Alila dengan Jude. Kalau betul bagai dikata, nak masuk 200 hari tu bukan lama. Silap haribulan kena buat pinjaman peribadi nak kahwin sebab tak cukup duit. Bab ni Alila seram sikit. Nak majlis kahwin cantik – cantik atau sekadar ikut apa ajelah yang dia dengan Papa mampu.
            Kereta diparkir tak jauh dari blok yang dituju. Malam minggu mana berani nak parkir bersepah. Mahu kereta lesap nanti. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi, telefon Alila berbunyi. Senyum sampai ke telinga nampak nama yang tertera di skrin telefon. Alila berborak tanpa meninggalkan meja. Tak kisah pun perbualan didengari oleh Ivana and the gang. Biar pun tak lama Alila di Mount E tapi hubungan mereka sangat akrab.
            “Pak we la tu.” Janet mengusik.
            Alila sengih. Dengar suara Jude di hujung talian dengan latar belakang muzik kompilasi Listen Without Prejudice daripada George Michael memang kena betul.
            “Bukan saya dah cakap nak ajak keluar makan malam ke?”
            Alila dah serba salah. Ketat jugalah suara orang di hujung talian. Separuh perasaa rasa bersalah, separuh lagi Alila gembira sahaja dikelilingi oleh teman – teman lama yang sekepala. Itu yang tangah sempat tunjuk apa yang dia nak di menu. Pakai bahasa isyarat pun  boleh buat pesanan.
            “Kawan tempat kerja lama di Mount E datang. Saya teman dorang jalan. Kalau nak saya temankan awak makan boleh aje.” Alila memujuk.
            “Cakaplah awak kat mana. Saya jemput but I’ll give you time to have fun with them first. Awak tunggu je, saya akan datang.”
            Alila memberitahu lokasinya secara ringkas. Nak lagi tepat kejap lagi kongsi sahaja lokasi menggunakan aplikasi WhatsApp. Lagi tepat dan memudahkan Jude. Alila lega kerana dalam nada suara Jude yang serius tapi tetap tinggi toleransinya.
            “Korang tidur mana malam ni?” Alila bertanya sebaik memutuskan panggilan telefon.
            “Kat Dorsett. Jomlah join. Lamalah tak borak sampai lebam.” Ivana memujuk.
            Alila geleng kepala. Dia tak minta izin Papa pun tadi nak bermalam di luar jadi tak beranilah nak berjanji. Balik lambat biasa Papa bising sikit je. Kalau langsung tak balik memang boleh jadi kes anak derhaka. Mahu Alila kena halau keluar rumah. Kebebasan yang diberi taklah sampai tak ada sempadan.
            “Jomlah borak sampai ‘lebam’. Tadi kau nampak baju, kasut dengan beg aje. Pandai pula sekarang buat - buat nak borak dengan aku kan.” Alila perli. Kek lobak merah bergula melaka yang dipesan tampak amat menyelerakan. Nak makan benda lain Alila takut tak sempat. Nanti Jude sampai, nak smabung makan malam sesi kedua pula.
            “Gambar yang JJ tag kat Facebook kau tu memang betulkan? Bukan Photoshop?” Seetha pandang muka Alila tak sabar menanti jawapan.
            Alila dah agak. Mesti ada juga yang akan bertanyakan gambar ‘artsy’ tempoh hari.
            “Memang gambar betullah. Kejap lagi dia datang ambik aku. Aku kenalkan nanti. Aku balik dengan dia korang tak ada masalah kan?”
“Boleh je. Kasi ‘can’ lah.” Sheeta menyambut dengan ketawa. Mereka menikmati makan malam sambil berbual pelbagai topik. Dari isu tahun ni durian tak banyak masuk ke Singapura kerana kurang menjadi sampailah kepada topik yang tak dapat nak dielakkan; drama doktor dan pesakit. Dah keluar hospital pun masih ingat tempat kerja. Pekerjaan lain tak ada kot yang 24 jam ingat tempat kerja.
“Korang ada baca tak latest news kes kat hospital di Hong Kong?” Alila baru nak sambung lagi topik sensasi dunia perubatan apabila bahunya ditepuk lembut dari belakang.
“Nurses and their talking shop.” Jude senyum dan menyambung. “Hai everyone.”
Alila membalas senyuman dan memperkenalkan Jude kepada Sheeta, Ivana dan Janet.
“Hai Jude. Alila kena sambung gosip Hong Kong dia lain kali.”  Sheeta membalas sambil merujuk kepada ‘talking shop’ yang dimaksudkan oleh Juhaidi iaitu bercakap dengan rakan – rakan perihal kerja walau pun berada di luar waktu kerja. Semua yang ada di meja ketawa mendengar ayat balas Sheeta.
“I pinjam Miss Alila and the dinner is on me. Have fun ladies!
“She’s all yours.” Janet mengusik Alila.
Thank you for the dins.” Ivana pula mencari peluang untuk berbual. Mata memang tak boleh nak lepas tengok buah hati Alila ni. Gred A plus. Rupanya yang kacak, gayanya yang ranggi tetapi kemas dan bahasanya yang mesra buat mereka semua selesa dan Ivana rasa dari bahasa mata Sheeta dan Janet mereka sependapat dalam memberi markah.
Jude terus ke kaunter membuat bayaran sambil memberi peluang kepada Alila mengucapkan selamat tinggal kepada kawan – kawannya.




            “SINI?” Alila pandang ke arah papan tanda di depan mata dan toleh pula ke belakang.
            “Okay kan? Ke tak okay? Nak pergi tempat lain? I don’t want to waste time and this place kinda cool. Saya pernah datang tapi lama dululah.”
            “Saya boleh bau lagi minyak wangi Janet dari sini….tapi boleh lah. Jom masuk.” Alila geleng kepala. Semasa mereka melangkah keluar restoran Table 23 dan dia dah terbayang Jude bawa tempat makan yang romantis. Paling kurang pun yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur atau KLCC. Alih – alih Jude berhenti sepelaung sahaja dari restoran Table 23.           
            “Ni Billie Holiday dan ni Miles Davis.” Jude tunjuk gambar di dinding seraya mengatur langkah terus ke meja yang ditempah. Terteleng – teleng Alila nak kenal mana satu Billie Holiday mana satu Miles Davis. Kot ya nak bagi dia kenal sangat, berhentilah dua – tiga saat bagi dia telek betul – betul.
Jude memilih untuk bersantai di tingkas atas. Kalau di tingkat bawah, nanti sesak pula dengan orang yang datang semata – mata nak menikmati ‘live music’ oleh artis jemputan. Restoran dan bar No Black Tie terkenal dengan artis jemputan popular untuk mendendangkan lagu atau muzik Jazz. Suasana dan lagu latar memang relax dan menenangkan tapi bayaran masuk yang dikenakan agak mahal bagi Alila. Tempat dan dekorasi tak adalah mewah mana pun.
            “Tengok muka saya pun dah tahu ke saya buta Jazz?”
            Jude gelak. “Tak nak dengar live music tak pe. Just listen to me.”  
            “Don’t worry. I am a good listener so I can listen to both. I spend half of my working hours listening to bullshit.” Meja yang Jude pilih agak strategik kerana Alila boleh curi pandang tengok persembahan di tingkat bawah. Kot lah orang kat depan dia ni nak layan Jazz semata bukannya nak layan dia pun. Mata Alila melilau pula melihat menu.
            Jude gelak lagi. Alila ni umpama ‘happy pills’ seorang Juhaidi Johari. “Coke and crispy potato wedges.”
            “Itu aje?” Alila merungut perlahan tapi jelas di telinga Jude.
            “Saya dah makan berat kat rumah. I’m sorry but you just order what you want to eat.
            “Tadi cakap nak dinner. Penat tau saya rasa bersalah tadi sebab keluar tak tunggu awak telefon rupanya dia dah kenyang pun. Light coke je lah.” Alila hanya memesan minuman. Menu kat sini memang tak menarik sangat pun. Ramai datang sebab nak lepak semata. Mujurlah dia tak terlalu lapar dan mengenangkan kalori sepotong kek lobak merah bergula Melaka yang dimakannya tadi menyamai kalori sepinggan nasi, elok jugalah Alila menahan nafsu makan.
            “Alila, cuba sambung cerita awak kat Hong Kong tu.” Jude memang boleh layan apa jua cerita kalau bersangkut paut dengan bidang perubatan.
            “Oh, tu pasal satu kes jadi kat hospital di Hong Kong. Seorang pesakit yang ada obesiti ni jatuh dari wheelchair masa ditolak oleh jururawat dan pesakit tu saman. Final verdict surprisingly yang salah bukan jururawat yang tolak wheelchair tu tapi kebetulan ada seorang jururawat yang lalu di sebelah semasa kejadian. Jururawat tersebut disabitkan bersalah sebab tak tolong walau pun ada di tempat kejadian.”
            Jude senyum segaris. Langsung tak terkejut. Keadilan yang dicari kalau melibatkan pelbagai pihak susah nak ditujukan kepada A atau B. Tak semudah itu. Dia dah biasa menyaksikan kesan selepas setiap projek yang dijalankannya berjaya. Tak pernah sekali pun Intuitive disabitkan bersalah.
            “Jadi, risaulah ni?”
            “Ya lah. Kami kat hospital kena panggil dengan top management. Dorang pesan agar extra careful dengan pesakit zaman sekarang. Kita ada kat hospital nak membantu save lives tapi dorang nampak kami ni dah macam gaya nak membunuh dorang pula.” Panjang lebar Alila berkongsi cerita.
            “Tell me about your work. Saya rasa sangat menarik kerja awak tu.” Alila pun nak tahu juga pekerjaan sang kekasih siap suka – suka pergi balik Moscowlah, USA lah.
            “Tak lah menarik sangat. You saved lives in your capacity and I created something to make life easier for people like you.”
No…you saved lives. I killed people for living. That’s the hard truth. Kata hati yang amat perit untuk diakui. Jalan untuk berpatah ke jalan yang benar juga amat sukar tapi kerana kesedaran yang sedikit demi sedikit menjengah semuanya akan menjadi kisah paling pahit dalam hidupnya. Kerjaya yang tak pasti, keluarga yang penuh rahsia dan masa depan yang sedang dicorakkan agar kembali bercahaya.
            “What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so tech! I’m so glad that you are not a doctor.”
            Jude gelak lagi. Ayat terakhir Alila tu rendah sahaja nada suaranya tapi cukup untuk buat Jude rasa sedikit selesa.
            “I’m so glad that you are mine.” Pintas Jude cepat, menyambung ayat Alila gaya berirama. Zaman media sosial ni memang mudah dapat maklumat cuma kena rajin FB hopping, insta hopping aje. Nanti akan jumpa semua rantaian maklumat.


            “Jude, why do you love me?”
            “Alila, why do you love me?”


            “Hey, mana aci. Saya yang tanya dulu.”
            “Baru nak tiru skema jawapan.” Jude melirikkan senyuman. Muzik latar menenggelamkan perbualan mereka seketika namun apabila turun ke nota yang rendah, Jude menyambung kata.
            “Betul nak tahu kenapa?”
            “Jangan nak bagi jawapan ala – romeo pula. Keluar bintang, bulan segala.”
            Jude senyum. Kerusi diengsot mendekati kerusi Alila. Bahu dirapatkan dan rambut Alila diselak ke celah telinga.
            “…sebab…”
            “Hmm…sebab?” Alila dah tak sabar nak dengar. Kalau dia budak baru belajar bercinta sah boleh pengsan dengan setiap pergerakan Jude. Mujurlah ‘hakak’ ni dah ada pengalaman bercinta. Getus hati nakal Alila.
            “You know how to…..”
            “..do CPR? No…no…I heard that a lot during my early practice. Not now please…” Alila menolak bahu Jude agar menjauhkan diri darinya sambil ketawa. Klise sangat alasan para lelaki suka keluar dengan cik – cik misi.
            ….how to take care of yourself. Awak pandai jaga diri sendiri Alila. Itu yang paling penting untuk kekal bersama seorang Juhaidi Johari. Kali pertama kerana keletahnya yang bersahaja. Kali kedua kerana rupanya yang rupawan dan perwatakannya yang menawan. Kali ketiga kerana hatinya sudah terpikat dan tak mungkin berpaling lagi. Cinta tak perlukan alasan berkajang.

            “You love me because I am your true love Alila.” Jude jawab terbalik. Patutnya tu sesuai jadi skema jawapan Alila. Sekilas tapak tangan diusap ke kepala Alila persis menenangkan anak kecil yang sedang menangis.

             Alila angkat kepala, memandang Jude yang sedang melemparkan segaris senyuman. Tiada kata yang mampu diungkap. Hanya sebuah senyuman terbentuk dibibir Alila. 

            Dear Jude,
            My first love is bitter. I just hope my true love is better and forever.

           Senyuman Alila menenangkan. Apa jua yang bakal terjadi kepadanya atau apa jua yang bakal dia harungi bersama Alila, manis atau pahit, Jude yakin Alila mampu. Mampu untuk terus teguh.

            Pertama, da Love. Kedua, Jayden versus Johari. Ketiga, my dear Alila. Kata – kata Encik Jayden sebentar tadi juga bersilang di minda. Kata – kata Encik Bakar yang memarahi Jude kerana lambat menghampiri keluarga Johari juga terngiang – ngiang. Rindu, siapa yang tak rindu? Kecewa, siapa yang tak kecewa? Sedih, siapa yang tak sedih? Takut, siapa yang tak takut? Semua jenis perasaan menakluk jiwanya cuma semangat kental seorang Juhaidi Johari yang masih kuat menongkah arus dugaan. Semuanya diatur satu demi satu. Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.
           









                  

Wednesday, 19 July 2017

LOVE, LILA - CHAP 9


            “WAH, ramainya adik beradik. Laki semua pulak tu. So awak yang ke enam?” Kagum pula Alila mendengar Jude bercerita perihal keluarga tanpa mengesyaki kisah yang tersembunyi di sebaliknya. Mereka memilih untuk bersantai jauh ke Putrajaya. Sempat Alila berangan nak cuci mata di IOI Mall tapi Jude terus menyimpang ke Taman Botani. Hadap sajalah pemandangan tasik yang terbentang di hadapannya ni. Nampak sangat strategi Jude nak titik fokus Alila kat rupa paras kacak dia aje. Taktik kotor sungguh.

            “Yup. Adik beradik kandung saya memang ramai.” And I know nothing about them. Jude menelan rasa hati yang semakin menyakitkan dan secara positif menggantikan dengan momen indah saat ini dengan melemparkan sebuah senyuman untuk Alila sambil menunjukkan skrin telefon.
            “What???” Alila terkejut. Bukan tu gambar dia dengan Jude ke terpampang kat Facebook. Eh, cop Facebook saper? Jude? Alila dah mula gelabah. Tapi…kenapa semacam je gambar tu?
            “Nak tengok…please…”
            “La…ni gambar yang kita snap dulu. Dah tak ingat ke?”
            Tertampar dengar ayat ‘tak ingat ke?’ yang keluar daripada mulut Jude. Rasa macam dah berpuluh tahun tak jumpa. Pada hal baru berapa minggu.
Alila rasa semua gambar dia dengan Jude lawa je. Tak ada pun yang rambut serabai macam dalam gambar kat Facebook tu. Ke tu gambar dari telefon Jude? Memang pun lepas guna telefon dia, ganti pula wefie dengan telefon Jude. Lepas tu dia yang blah. Sekarang dia juga yang cari balik Jude. Damn!
“Bagilah phone. Nak tengok.”
“Tak boleh.” Dahi Jude berkerut tapi senyuman segaris masih menghiasi wajahnya. Bukan apa tiba – tiba ada bunyi mail masuk dan matanya cekap menangkap apa yang tertera pada mailbox.

To: JJ
Final assignment
da Love, USNS, Malaysia
Failure No 3: Programme Code 11110011
Error Lock

Wajah masam Alila dipandang lama. Dah pandai tayang muka. Good job! Ni baru nampak ada hubungan yang real pada fikiran Jude.
"Saya tak bagi sebab nak suruh awak tengok kat Facebook lepas tu jangan lupa tekan button love.” Jude kenyit mata.
Alila pula tayang muka tak puas hati. Pantas tangan menggeledah telefon bimbit dalam beg tangan.
“Bila accept friend request ni?” Tak sabar betul Alila nak tengok profil Facebook Encik JJ ni.
“1 minute ago.” Jude buat muka selamba. Fikirannya kini dah agak bercelaru. Final assignment di Malaysia? Tarikh projek tak ada pula? Lagi cepat lagi bagus. Dia dah tak sabar nak tunggu segalanya berakhir. Telefon bimbit diseluk ke poket seluar. Tumpuan sepenuhnya mahu dizahirkan kepada gadis kesayangan. Buat pertama kalinya perasaan sangat ingin memiliki teguh di hati. Jude boleh bayangkan masa depan yang bahagia dan penuh kesederhanaan yang sedang menantinya bersama gadis bernama Alila.
Jari jemari Alila pantas mencari gambar yang ditunjukkan Jude sebentar tadi. Matanya terpaku lama. Gambar tersebut memang gambar dia dan Jude. Jude sedang memandang ke arahnya yang sedang tunduk. Rambut Alila menutup sebahagian wajah dan yang orang akan nampak hanyalah wajah sisinya yang sedang tersenyum. ‘Artsy’ betul gambar ni. Hati yang beku pun boleh terus cair membaca kapsyen bersahaja di bawah gambar; ‘Celebrating her special day’.
Paling banyak orang teka hari jadi dialah tapi yang paling epik ada yang teka hari ulang tahun. Seorang pun tak nak teka Alila tengah sambut hari jururawat ke.
“Ulang tahun apa dorang ni? Apa pun belum?”
“Apa tu apa?” Jude beriak nakal.
Alila angkat muka. Terkuat pula bebelannya. Biasanya Alila hanya membebel dan mengomel dalam hati je. Malas nak jawab. Alila pandang semula ke arah skrin telefon.
“Kata adik beradik sampai 6 lelaki tapi dalam Facebook ni gambar semua dengan perempuan. Julia, June, Juita. Repeats. Gambar dengan dorang lagi. Julia, June, Juita. Repeats. Kena mengucap banyak – banyak tengok gambar Encik JJ dalam ni.” Gambar tu tak adalah kategori 18SX pun cuma kena banyakkan berzikirlah tengok kalau tak hati boleh berdarah.
Jude ketawa besar. Alila ni membebel pun lawak.
“Bukan main lagi saya tekankan yang lelaki semua tu adik beradik kandung saya, dorang bertiga tu….”

“Hey….Jude. Kat sini boleh jumpa.”
Bahu Jude ditepuk dari belakang dan Alila tak sempat nak bagi isyarat. Dia nampak seorang lelaki menghala ke arah meja mereka tapi tak terfikir memang nak datang menegur. Dah Alila memnag tak kenal siapa pun.
“Kau? Lama tak jumpa. How’s everything?”
“Kau yang dah lama tak drop by. Jomlah pekena seround kalau free nanti.”
“Sure…” Jude ramah sahaja.
“Tak nak kacau. Insya Allah ada rezeki jumpa lagi.”
“Mana ada kacau. Dah jumpa kenalah tegurkan. Okay, till then.” Jude bangun dan berjabat tangan mesra.

Alila senyum sekadar tanda hormat.
“Siapa?”
“Tadi yang handsome atau tadi yang dalam Facebook tu?”
Alila terus buat – buat malas nak dengar bila Jude tekankan perkataan handsome tu. Dah pandai usik orang nampaknya sekarang.
“Hmm…Alila.” Nada suara Jude tiba – tiba masuk melodi serius.
“Yup.”
“Hari ni memang ulang tahun kita. Kita dah kenal 173 hari tapi jumpa belum pun sampai 10 kali.”
“Main hentam je kan.” Alila meletakkan telefon bimbit kembali ke dalam beg tangan. Gelas dicapai dan air oren yang hampir mencair aisnya sejuk mengalir ke kerongkong.
“Tak tipu lah. Jadi masuk je hari ke 200, kita akan bertunang dan kahwin.”
Burrrr….habis tersembur air oren. Seribu rahmat je tak kena muka orang kat depan. Tisu dicapai dan dengan nada suara yang belum stabil dan mulut masih ditekup tisu, Alila bersuara penuh getar.
“Bukan awak patut tanya, do you love me or at least boleh saya masuk meminang? Kenapa ayat awak tu bunyi macam pelik benar?”
Jude senyum.
I love you. Itu je yang penting. I love you Alila.”
Ingat ayat Gin tempoh hari. The art of moving on. Lupakan je lah benda yang dah lepas. Couple bagai nak rak dengan Amar pun tak ke mana. Konon tak nak orang kaya lagi tapi jumpa juga mamat yang selamba bawak Porshe dan cakap ni kereta Daddy dia yang selalu tak guna jadi dia sebat. Jadi kalau kejap lagi Jude cakap jom cari cincin tunang kat Comoros naik private jet, dia on ajelah. Janji kahwin. Orang mati laki pun berkabung empat bulan sepuluh hari, dia yang setakat putus kasih memang dah patut sangat mulakan kisah baru. Pedulikan segalanya.

Dear Gin, thank you.
This is not just the art of moving on but;
            The art of expressing myself.

            Semua orang berhak untuk menggapai bahagia. Tak kira siapa, bagaimana dan bila.
“Saya nak update status Facebook boleh? Nak taip huruf besar TAKEN.” Alila menyembunyikan gugup di hati.
Jude hanya ketawa. Ketawa yang penuh kebahagiaan.

Update Twitter sekali.” Perli Jude.
Jarang update Twitter. Never get how Twitter really works.”
“Same here but Twitter is the best social media during election because they update the fastest or when someone important like POTUS say something. These people don’t use Facebook much.”
Alila tergamam satu saat. POTUS? Nama batu permata ke?
“POTUS?”
“President of the United States sayang.”
            “You know what. Saya nak berterus terang. My heart is having a north south syndrom; when you should do this but you do that.”
            “I hope you are not referring to harlequin syndrom.”
            “Nope. That north and south are literally you and me.”

            Jude bangun tanda ingin beredar tanpa menyambung kata – kata Alila. Bil awal – awal lagi dah diselesaikan. Dia faham perasaan Alila. Dari pemerhatiannya dari semua status Facebook, komen dan beberapa lagi platform yang dia sempat ulang kaji, Alila sebenarnya masih berperang dengan kisah cinta lamanya.  
            Alila hanya membontoti Jude. Semuanya terasa berlalu sangat pantas. Dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuatnya hari ini, sebuah kisah baharu telah bermula.
            Sampai di kereta, Jude berdiri sebelum membukakan pintu untuk Alila. Bukan nak berlagak budiman tapi dia nak ingatkan Alila sesuatu.
            “Ingat tak apa yang saya cakap masa awak nak tinggalkan saya di The Lounge hari tu?”
            Alila angguk. Tak mampu nak pandang wajah Jude yang penuh dengan makna. Dalam kepalanya sekarang tengah ada tayangan perdana ucapan Jude tempoh hari. Memang nampak cool aje Jude melepaskannya pergi tapi ayat dia memang menjadi kenyataan.

            “Alila, saya tak kisah awak nak balik sendiri tapi saya yang jemput awak jadi bagilah saya yang hantar.”
            It’s okay. Saya balik sendiri.”
            “Alright. Anything that makes you happy.”
“I’m sorry.”
“Tak perlu minta maaf Alila cuma saya nak cakap bahaya kalau awak step out that door without me because if you come back, you might not be the same person.” Sama ada kita tak kan mungkin berjumpa lagi atau awak tak kan mampu berpaling dari mencintai saya. Saya yakin saya tak kan salah menilai.

            Alila tarik nafas dalam dan pandang tepat ke wajah Jude. Kata – kata Jude memang umpama sumpahan tapi Alila redha.
            “Saya ingat setiap patah perkataan tu. Saya bukan Alila yang sama simply because I love you more today.”  

            Tempoh hari yang saya perlukan masa untuk berfikir – It just I love you.
            Hari ini bila saya tak mampu nak lupakan awak – It is I love you more than ever.

            Pandang ke depan wahai Alila. Walau seribu dugaan menanti, intan berlian jangan dipijakkan.     




DEAR READERS,

1. Love infinity untuk siapa yang faham peribahasa tu. Walau karya saya bukanlah karya menggunakan bahasa aras tinggi, saya tetap seorang pencinta bahasa. 

2. Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.

3. Teruskan melepak di sini okay, saya sangat menghargainya.

4. I love you and thank you for reading.

Assalamualaikum and have a nice day!

Lev, 
KL@ RA