Saturday 28 April 2018

CARPE DIEM - A VERY SHORT STORY



 “DAN, tolong aku pergi meeting projek ni.” Al tayang muka kesian.
“La…dah CPC (Certificate of Practical Completion) kan, bukan busy dah pun. Bagi RE (Resident Engineer) kau layanlah.” Effi buat muka malas nak layan. Tak suka jadi bidan terjun projek orang. Dia bukan stok mamat baik hati pergi jaga projek orang, silap hari bulan ada masalah kena bantai. Sia – sia je.
“Ada problem nak dapatkan CCC (Certificate of Completion and Compliance), sangkut IWK.”
Sorry bro. Aku kan bos suruh outstation. Kau lupa ke? But...kalau kau nak sebijik C, nah aku bagi. Lagi dua C kau pergi korek lubang mana – mana.” Effi buat – buat layangkan huruf C yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian jari telunjuk dari membulat ditegakkan 90 darjah membentuk huruf L pula.
L for Loser
“Ee…setanlah kau.”
“Kau tu yang bapak segala setan. Bukan aku ya. Hah, girlfriend baru kau tu nama apa?” Tiba – tiba Effi teringatkan kakak si Ezra.
“Elina ke? Bukan girlfriend lah. Complicated. Aku sebenarnya serius dengan sorang budak ni tapi aku rasa budak sangatlah. Tak fun. Elina ni pulak daring sangat. Aku takut aku yang kena main pulak.”
Dalam hati Effi mengucap panjang. Mahu tak daring kalau masa mereka jumpa dulu gaya Elina layan Al dah macam bini layan suami. Dia kat sebelah pun boleh naik berbulu tengok.
Break elok – eloklah Al. Tak baik asyik mainkan anak dara orang. Dah tak terbilang dah berapa ramai ex – ex kau ni. Boleh buat dua team futsal perempuan.” Effi geleng kepala. Simpati pada nasib Elina. Ada jugak orang mula dengan huruf E yang tak special. Effi senyum sendiri.
“Kalau macam tu tak apalah. Aku nak keluar lunch dengan budak yang aku cakap tu. Nak bagi settle semua. Kau tolong amik aku kat restoran ni boleh tak, aku nak hantar kereta pergi bengkel lepas tu.”
“Tolong bab tu aku okay. Meeting projek kau settle kan sendiri ya. Text aku je bila dah nak balik. Lepas hantar kau ke bengkel, aku gerak terus outstation.”
You’re the one bro. Aku gerak dulu.”

EZRA dan Al keluar beriringan tanpa kata. Al lebih kepada perasaan bersalah. Ezra baik pada pandangannya dan masa yang dihabiskan bersama terasa lengkap tapi tak cukup untuk menggetarkan naluri lelakinya.
Ezra pula masih terasa di awang – awangan. Jauh di lubuk hati terasa ingin sangat mengenali siapa yang berjaya menambat hati Al. Terasa bodoh kerana lambat menilai di mana tempat letak dirinya dalam hati Al. Sekurang – kurangnya dia boleh bersedia. Oh, c’mon! Garbage man like him picked up the trash. Ezra cuba sedapkan hati.
“You tunggu siapa?”
My sister. You?”
My friend.”
Al pandang kanan. Ezra pandang kiri.
“Ezra, we can still be friends.”
Ezra senyum sinis.
“Ingat tak kita kenal dulu di pet shop. Masa I tengah nak beli kucing baru. Sebenarnya I dah lama tak bela kucing. Last masa I sekolah rendah kot. Kucing I mati sebab sakit. Mommy I buat lawak by saying your cat died but you can still keep it. Samalah maksudnya macam ayat you tu. Friends? I don’t think so.” Ezra menjarakkan diri dari Al gaya tak kenal. Masing – masing terus menanti tukang jemput dalam diam. Nampak saja kelibat kereta si kakak, Ezra terus berlari mendapatkan si kakak.
“Jom balik cepat. Kenapa keluar ni?” Ezra menarik tangan si kakak tapi tangannya ditepis. Muka si kakak pula teruja macam budak dapat lollipop.
“Al, you buat apa kat sini? Ezra…sini. Ni lah boyfriend Along.”
“Ni?” Suara Ezra dah naik meninggi.
“Yeah….”
“Baju yang Along pinjam hari tu nak pakai keluar dengan mamat ni ke?”
“Perlu ke nak cakap kat sini.” Muka Elina dah merah membahang.
Yes, because you are dating my ex! Ezra balik ….”
Pang! Pipi Ezra terasa perit ditampar oleh si kakak. Belum pun sempat habis ayatnya.
“Unbelievable!” Laju langkah diatur. Air mata yang hampir menitis ditahan. Don’t cry! The damn don’t cry! Ezra menjerit dalam hati.

EFFI memicitkan kening. Dia nampak Elina datang dari arah depan dan ketiga – tiganya bercakap muka masing – masing penuh emosi. Suara Ezra meninggi sebut you are dating my ex satu Kuala Lumpur boleh dengar kot. Tak tahulah dia nak menyampuk, “Al, jom aku hantar kau balik,” atau “Hai Ezra, Al ni ex you ke?” Malas nak masuk campur hal orang Effi membelakangkan mereka bertiga dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
Effi: Can we meet?
Ezra: Kalau you boleh sampai depan mata I dalam masa lima minit, why not?
Effi: Mohon upgrade kereta saya Tuan Li Chunrong.
Ezra: Sila meninggal Tuan Li Chunrong. (Ikon kening senget) I tunggu kat depan Maybank Bangsar.
Effi gelak. Patutlah Al lepaskan Ezra. Budak ni bila berbahasa terus dari hati. Tak ada gaya awek manja menggoda langsung. Gaya orang tengah putus cinta pun tak ketara tapi lagi hebat menyorok rasa hati sebenarnya lagi parah jiwa kecewa. Kepada Al, dihantar mesej dia nak cepat tak sempat nak jemput. Sila balik naik Grab ya.

“EZRA, you pernah kecewa?”
“Pernah. Setengah jam yang lalu.”
Effi terbatuk. Mujur tak tercekik gula – gula Hacks kat dalam mulut ni.
“Seriuslah.”
“You?”
“Tak pernah.”
Good for you. You tak percaya sebab I on je keluar dengan you ke?”
“Nope. Bukan tu cuma rasa bersalah kita keluar hari tu. Tak elok kalau ex you tahu.”
“Emmm….lain kali jangan datang terjah je. Lagi pun tak apalah, mungkin hubungan kami belum serius sangat sebab I kenal masa tengah belajar. Ingat nak serius pun sekaranglah sebab dah habis belajar dan dah kerja. Tak sangka pula ke laut. I agreed nak jumpa sebab ada hajat.”
“Apa?”
“I tak nak balik rumah. Ada masalah sikit. You balik kampung setiap bulan kan. Ni dah hujung bulan, jom balik. Esok ponteng kerja, please…” Ezra malas nak tengok muka si kakak. Dia dah rancang nak EL esok. Mujur lusa dah hari Sabtu. Malas nak bergaduh sebab dia tahu sangat perangai Along. Boleh jadi perang dunia kalau mereka bertembung dalam masa terdekat ni.
“I kena outstation lah Ezra.”
Then, you nak jumpa tadi kenapa?”
            Ligat Effi mencari alasan. Tak kan nak cakap dia ada kat situ je tadi.
            “I miss you…”
            “Walau pun the fact I baru je break up?”
            Effi angkat bahu.
            “Teringat kata Dr Kushel dalam The Mad Doctor, What happens to you, happens to your life. What other way can you be other than who you are?’.”



            “MOMMY, thank you sebab faham Ezra.” Dalam hati ada terlintas patutnya dia berpura – pura tak kenal Al pun boleh tempoh hari tapi entah kenapa hatinya tetap terasa sakit. Dia tak cukup baik untuk menidakkan hak dan perasaannya.
            “Along tu memang macam tu.” Sebagai seorang ibu memang dia tahu sangat Ezra tak salah sebab dari awal perkenalan Ezra dengan Al lagi dia dah diberitahu cuma Ezra cakap dia masih belajar dan tak perlulah nak kenalkan secara formal Al kepada keluarga. Elina pun tak salah cuma takdir dan waktu mengeruhkan keadaan mereka adik – beradik. Lama – lama okay lah tu. Lagikan lidah lagi boleh tergigit.
“Effi, nanti kirim salam kat Mak dan Ayah.”
            “Effi? Euwww… nama manja Dan kat kampung ke Mommy?”
            “Dia ada nama lain ke?”
            Ezra gelak. Effi Daniel yang wujud kat siti Ezra buat macam tak ada pula.
            Sorry Dan.” Ezra angkat tangan tanda mintak ampun.
Effi angkat bahu tanda tak kisah. Beg Ezra diletakkan di bonet kereta. Nama mak dan ayah bagi kot. Satu kampung dan seluruh keluarga panggil dia tak kisah tapi kalau kawan – kawan yang baru kenal, memang ada rasa berat lah nak sebut nama kat depan tu. Sebut nama belakang je cukup. Terasa tak berapa nak jantan pulak dengan nama Effi tu.

Elina: Kau cemburukan?
            Ezra: Sumpah tak. Nak cemburu apa? Al pilih Along. The end. Along pun tak tahu Ezra exist dalam hidup Al sebelum ni so not your fault either cuma are you sure nak dengan mamat yang cepat sangat goyah hati dan perasaan?
            Elina: Mamat? Sopan sikit boleh tak?
            Ezra: For me, he is a trash. Tak kisahlah Along nak cakap apa pun. Ezra dah move on. Jangan cerita lagi pasal Al dalam rumah ni. Ezra tak nak tahu apa pun pasal Al and I wish you all the best.

“Nampak your sister masuk rumah tadi. Dia jeling I macam nak telan.” Kereta mula membelah jalan raya.
“Ada issue sikit. Wait….you cakap boyfriend my sister tu officemate you kan? Dia memang kaki perempuan ke?”
Effi dah serba salah.
Not that I know. Kenapa?” Effi malas nak buka aib orang.
“I rasa dia kaki perempuan.”
“Your sister tahu?” Effi berpura – pura lagi.
“I rasa dia tahu that guy ada girlfriend masa dorang tengah couple tapi dia nak jugak.”
You have done your part then. Ada orang memang pilih to learn the bitter way. Tu pilihan dia.” Mudah saja alasan Effi.
“I wish ada benda yang yang I boleh buat sekarang yang boleh buat I move on faster.”
“Buat IG story. It does not last and perish within 24 hours and you can move on faster. Lia selalu cakap macam tu.” IG story jugak penyebab hatinya mula tertarik dengan seorang Ezra.
Ezra gelak. Sibling duo betul. Fikir yang mudah – mudah je dua – beradik ni. Masa kat kampung lagi Ezra dah tabik habislah bila Lia boleh jadi tour guide sampai ke puncak. Memanglah kampung sendiri tapi bukan sebarang awek boleh jaga kumpulan ramai – ramai.
“You tak minat climbing macam Lia ke?”
“You patut tanya Lia saper mentor dia.”
Thank you sebab sanggup layan I.”
Welcome but lupa nak bagitau. You kena ikut I pergi outstation. Your dad and mom cakap boleh. Lepas I habis kerja baru kita balik kampung sama – sama.”
“No way. Tak nak.
“Ada lagi orang lain ikut. Bukan kita je.”

“TUNGGU…I dah rasa nak mati.”
“Tadi cakap nak naik. Dah nak sampai ni.” Effi gelakkan Ezra. Bukan main berlagak konon naik bukit setengah jam naik tu mudah. Dia tak tahu bukit ni memang pendek tapi semua stok pakai bergantung kat tali. Satu lorong semua. Tak ada saing – saing naik.
“Tali ni tahan ke?” Ezra jerit.
“Tahanlah. Sini, hulur tangan. Eei..lambat lah.”
Ezra gelengkan kepala. Tudung kat kepala dah rasa basah lencun dek peluh. Rasanya stamina dia menurun sejak mula bekerja. Duduk saja kat workstation, manalah badan tak lembik. Akhirnya air terjun terbentang di hadapan mata setelah bersusah payah selama setengah jam.
“Ini aje? Tak lawa pun.” Ezra merengus. Tak cantik langsung air terjun di hadapan mata.
Effi gelak.
“Ada ke orang datang Pulau Tinggi ni nak mendaki? Tak ada kan. Orang nak lepak tepi pantai atau join pergi diving.”
“Ada ke orang datang Pulau Tinggi nak kerja?” Balas Ezra sinis. Ingatkan kerja kat tengah bandar sebab rasanya Daniel ni konsultan. Kerja buat design je pun.
“Nampak tadi kan tanah kecik dorang pasang solar tu. Dorang nak upgrade jadi datang tengok site existing baru senang nak buat kerja. Memang boleh buat design tak turun site tapi dah bos suruh. Menyelam sambil minum air lah."
“Huh….” Ezra mengesat peluh merenik di dahi. Bijak betul pilihan Aina dan Colline apabila memilih untuk melepak di tepi pantai sahaja. Menyesal!
“Buatlah IG story. Kata nak cepat move on.” Effi menghulurkan bagpack Ezra yang dia tolong bawakkan.
Ezra menyambut dan mengeluarkan telefon bimbit sambil memeriksa talian.
“Wah, 4G!”
Effi senyum. Bagi peluang Ezra layan perasaan dan dia terus memanjat tebing dan melompat terjun.
“Apa yang you rakam?”
“You.” Ezra gelak sambil halakan kamera telefon ke arah Effi Daniel. Rasanya segala yang terbentang di hadapan matanya cukup sempurna buat dia malu tersendiri dan cepat – cepat ditekan bukan off.
“Jom turun.” Effi duduk di sebelah Ezra. Tangan dihulur meminta izin untuk melihat rakaman Ezra sebentar tadi.
“Kenapa I rasa lifestyle you sangat relax?”
“Perasaan you je kot. Life is tough for me too. Tak boleh move on lagi ke? Semacam je tanya.”
“Tak lah. Jealous.”
“Perempuan ni suka fikir macam – macam. Macam you sekarang, you should treasure falling out of love as much as you treasure falling in love.”
Effi menghulurkan video yang siap diedit kepada Ezra.
“Carpe Diem?” Ezra merujuk kepada hasil suntingan video yang ditambah dengan sticker huruf besar bertulis CARPE DIEM.
Live for the moment. Nak tunggu masa yang sempurna tu sangat mustahil jadi kitalah yang kena ambil peluang. Sempurnakan harimu.” Malas Effi nak bagi definisi dalam konteks lain. Buat ibadat sungguh - sungguh macam nak mati esok. Samalah juga tu tapi sebab tengah duduk berdua kat tengah hutan buat mulut dia terkunci dan malu nak menyebutnya.
“Dah macam ayat iklan TV.” Ezra ketawa. Teringat novel bertajuk Love Lila yang baru dibacanya. Lebih kuranglah maksud dengan Carpe Diem ni.
“Do not worry about tomorrow, for tomorrow will worry about itself. Hari – hari pun dah banyak masalah. Let it go baby.”
Baby?” Effi pandang wajah Ezra sekilas.
Opss…tu I sebut balik sebijik ayat dalam novel Melayu yang baru I baca. Baby panggilan hero untuk bini dia lah.”
“Ayat yang dalam novel you tu petikan dalam Bible. I wonder what the hero background is.”
Ezra senyum. Malas nak cerita panjang. Nak tahu kena baca sendirilah novel bertajuk Love Lila tu. Tak sangka juga dia ayat tu dari petikan Bible sebab dalam novel tak ada sebut pun.
“Jom, turun.” Ezra mengajak. Tak sabar nak terjun ke laut. Lagi seronok daripada air terjun yang sangat sunyi di puncak bukit ni.
“Ezra….”
“Ya…” Ezra berpaling. Baru nak mulakan langkah.
“Ingat lagi tak I cakap kalau masuk kali ketiga you tak nak balik rumah apa akan jadi?”
Ezra angguk. Gila tak ingat!
“Let’s get to know each other better.”

The end



Nota: Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Li Chunrong berkata Proton akan menghasilkan 3 model kereta canggih untuk pasaran Malaysia seawal 2019.

Terrafugia yang ditubuhkan pada tahun 2006 mempunyai teknologi untuk menghasilkan kereta terbang. Dengan adanya kepakaran dan tenaga kerja di Proton, ianya dapat mempercepatkan lagi proses untuk menghasilkan kereta ini; sekurang-kurangnya satu prototype yang berfungsi sepenuhnya untuk terbang.



p/s:  Upgrade kereta saya jugak pleaseee Tuan Li Chunrong :p
Hi! Cerita simple. Harap terhibur. Nak buat cerita berat rasa tak sesuai untuk cerita pendek. Nak buat cerita kahwin – kahwin pun bosan. Haha….Segala kekurangan, my mistake. Happy shopping at PBAKL 2018. Doakan saya rajin menulis dan melepak di sini lagi okay. Love you to the moon and back readers!

Xoxo
RA@KL





Dapatkan novel baru saya terbitan Alaf 21 di booth Karangkraf, 
Alaf 21, Dewan Tun Dr Ismail. 

Thursday 26 April 2018

CARPE DIEM - A VERY SHORT STORY



PART III

EZRA menarik tali pinggang keledar dan bersandar tenang. Mata dikerling ke rantai siap berloket nama yang disangkut di rear mirror.
‘DAN’
“Nama you apa? Dani? Daniel?”
The last one.” Effi malas nak sebut. Bila dia tahu aje nama budak ni Ezra yang sebutan lagi macho dari namanya yang manja dan euww….dia rasa cukuplah Ezra kenal dengan nama Daniel dan bukan Effi Daniel.
“Oh…”
“Kenapa tak amik Grab je? Tak ada dah orang naik teksi zaman sekarang.”
“Adalah. Sayalah tu. Tak sampai hati bila turun nampak teksi berderet tapi duk terpacak tunggu Grab.”
Effi kerutkan kening. Nak cakap budak ni baik ke naif tak bertempat?
“Tak tanya pun alamat rumah? Tak ada pun kan barang I tertinggal kat kampung. Excuse sajakan?” Ezra pelik sebab mamat ni tahu alamat tempat kerja dan tadi pelawa nak hantar balik rumah tanpa bertanyakan pun di mana dia tinggal. Dan nampak sangat saja cari alasan nak jumpa dia. Dia bukan budak innocent tahap tadika untuk menelah.
“Opah Lang dah bagi semua. Kalau tak manalah I tahu alamat ofis you ni.” Pasal barang tertinggal tu Effi buat pekak saja.
“Gayanya best friend sangat keluarga you dengan Opah ni.”
“Geng surau, biasalah.” Effi gelak. Mungkin Ezra ni jenis balik kampung musim raya sahaja kot tak macam dia pantang cuti balik. Nak buat macam mana, rumah kat kampung lagi best dari rumah sendiri yang kosong tak ada apa – apa. Lumrah orang bujang yang baru nak kumpul harta.
“Singgah surau PETRONAS jap. Jalan macam sesak teruk je kalau ikut Waze ni.” Ezra kerling telefon si pemandu yang baru dipacak di tengah dashboard. Menyesal tak solat Asar siap – siap kat pejabat tadi.
“Tak nak solat dalam kereta ke? Dah nak jadi trend baru ni kat Malaysia tau.” Effi senyum sinis. Agaknya cuba menebak pendapat Ezra dengan isu yang sedang hangat diperkatakan.
“Husnuzon je lah dengan kes terpencil tu. Harap kita ni jangan lah jadi orang bagi betis nak peha. Cukup dah pengorbanan Rasulullah nak mudahkan umat dia daripada solat berpuluh fardu kali kepada 5 fardu sehari. Itu pun nak cari alasan nak mudahkan ibadat lagi ke? Saya nak balik rumah je. Lambat tak apa. Kes tu mungkin dia ada alasan sendiri dan tak sama macam kes saya ni.”
Effi angguk. Suka dengan pendapat Ezra yang tak berlebih mengutuk dan faham mana yang lebih penting. Mereka memberhentikan kereta di stesen minyak. Effi keluar masuk ke kedai Mesra dan Ezra ke surau di belakang. Dia habis mesyuarat tadi masuk je Asar terus dia langsaikan dulu baru pergi mencari alamat pejabat Ezra. Dah alang – alang pun kan. Teringat bagaimana Effi terusik dengan ‘seorang’ Ezra.


Lia: Dah tak cantik sangat lah bang air terjun ni. (Lia memusing kamera telefon 360 darjah sebab si abang sibuk nak tengok. Mendaki sendiri malas.)
Effi: Ramai ke ikut?
Lia: Ramai jugak. (Fokus kamera kepada semua peserta.)
Effi: Budak kat belakang Lia tu buat apa? Tangkap ikan? (Sambil gelak)
Lia: Eh, mana? (Sambil mencari figura dimaksudkan si abang.)
Effi: Dah kenapa tak fokus kat situ? Kot lah dapat ikan duyung, nak tengok juga. (Gelak tahap syaitan lagi.)
Lia: Dia tengah ambil wuduklah. Tak sopan nak tunjuk kat abang. Punyalah tersorok tempat dia cari, boleh abang nampak. Gatal tau.
Effi: (Gulp)
Lia: Okay bang. Nak join Ezra sekali.
Effi: Cop, nama dia Ezra?
Lia: Yup!
Effi: (Gigih playback IG story Lia semata – mata nak tengok balik ada tak awek tudung pink bunga – bunga kecil yang bernama Ezra dalam tu.)


“Jom.”
Effi terkejut. Botol air mineral di tangan dihulurkan kepada Ezra.
“Jom.”
“Eh, tak nak balik rumah dululah. Kita dinner dulu nak tak? Lapar.” Ezra buat senyum menagih simpati.
“I okay je tapi bagitaulah dulu orang kat rumah. Nanti rugi your mom dah masak sedap – sedap.” Effi dah senyum lebar. Dia memang ada terfikir nak ajak Ezra makan malam tapi rasa macam tak manis sebab baru kenal dan ini hanya pertemuan kali kedua mereka. Segan takut Ezra tak sudi pun satu.
“My mom punya menu ada dua jenis je. Take it or leave it. Harap lah skill tak pandai masak tu tak menurun kat I. Amin.” Ezra buat – buat berdoa dan disambut dengan gelak besar oleh Effi. Bagi Ezra realitinya memang Mommy tak pandai masak tapi sepuluh markah untuk usaha dan secara automatik semua anak akan terbiasa dengan masakan si ibu. Tak sedap pun rasa sedap jugak tapi kenyataan tetap kenyataan walau pun pahit.
“Lawak betul. Alasan lain?”
Ezra menghulurkan telefon bimbitnya dan menala skrin untuk dibaca oleh orang sebelah.


Then that’s it...an after taste depends on the entertaining values.
That’s how my bonus feels like. Singgah sebentar cuma. Then dibawa angin lalu. Bonus you all rasa macam mana?


“Dapat bonus terus ghaib. Dia janji nak belanja I makan best – best hari ni tapi sibuk nak pergi dating dengan boyfriend lepas tu update status macam tu. Eeii…sakitnya hati.”
“Status Facebook siapa ni? Macam kenal. Boleh tengok gambar dia yang lain tak?” Effi minta izin untuk meneroka profile.
“Okay, tengoklah. She is my sister.”
“Eh, I kenal lah your sister. Girlfriend baru my officemate ni.” Perkataan ‘baru’ ditarik 7 harakat penuh makna.
“What?”
“Keciknya dunia. Its, okay but promise me, jangan buat perangai asyik tak nak balik rumah ya. Ini dah kali kedua you melencong tak nak balik. Next time if I jumpa you tak nak balik rumah lagi, tak teragak – agak I bawak you balik rumah jadi my wife terus.” Dalam hati gigih berdoa janganlah Ezra ni perangai sama macam si kakak.





 p/s: tbc... but confirm habis masa pesta buku ni. Buat ubat untuk siapa yang tak dapat join pbakl 2018. Siapa yang pergi, jangan lupa singgah booth Alaf 21, Karangkraf dan dapatkan buku baru saya Love, Lila okay.

xoxo

RA@KL



Monday 23 April 2018

CARPE DIEM






PART II

If it's meant to be, it’ll be, it'll be.
Baby, just let it be.

EZRA menyanyi sambil mendail nombor Al. Kebelakangan ni dia dapat rasakan hubungannya dengan Al bertambah renggang. Ingat bila dah mula kerja, makin meriah sikit hubungan mereka sebab dapat kerja tu umpama dapat lesen masuk alam dewasa. Ke laut semuanya. Betul lah orang cakap, dapat itu, ini pula kena tarik.
Baru nak masukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan, berdering nyaring  telefon dan Ezra dah senyum sambil ke telinga. Tak tengok skrin langsung dah.
“Al….” Ezra menyapa berlagu 4 harakat.
“Salah sebut tu…Abang Lia, bukan Al. Hish….Assalamualaikum. Ezra, nak jumpa. Bagitau kat mana dan bila free?”
Ezra ketap bibir. Terkedu pun ada. Bayangan mamat bertopi GAP warna kuning cair dengan jeans biru tua dan t-shirt kelabu tempoh hari bertamu di ruang mata.
“I dah balik KL la. Lagi pun nak jumpa buat apa?”
“Oh, sorry tak ada intro. You ada tertinggal barang hari tu. Opah tak cakap ke kirim kat I?”
“Barang apa? Kalau tak ingat maksudnya tak pentinglah. It’s okay, anggap je tu present I bagi sebab tolong hari tu. Deal?”
“Okay, deal.” Effi menjawab selamba.
“Umm…” Tiba – tiba Ezra rasa sekurang – kurangnya dia patut tahu nama jiran sekampungnya.
“Anything else? I got to go then.” Effi dapat rasakan orang di hujung talian sana belum rasa nak tamatkan panggilan.
“I deserve at least your name right?”
Effi gelak.
Ezra senyum. Senyum? What’s wrong with you Ezra?
“Emmm…okaylah. Terima kasih sebab layankan Opah. Jangan pecah rahsia pula I tak nak jumpa ya.”
“Jangan risau. Mesti jumpa punya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”

Tak sampai seminit bunyi mesej berdenting masuk.
-        Balik sendiri. Urgent date. Fare is claimable. Sorry sister!

Enjoy! Balas Ezra dalam hati. Marah pun ada. Nak balik macam mana? Gelap pula kat luar. Kiri – kanan, budak – budak pejabat dah sibuk nak angkat beg nak cabut. Aku? Punat tutup komputer ditekan. Lepas hi - hi dan bye – bye dengan rakan sekerja, Eyza terus melangkah turun anak tangga. Haraplah senang dapat teksi.


EFFI membaca berita online di skrin telefon. Dah berpeluh juga dia menunggu tapi sebab dia kebetulan jumpa klien kawasan sini, terasa pula nak menyinggah.

Diburu Ah Long, 300 orang penggiat seni minta bantuan - Presiden SENIMAN

Tolong jangan tulis artikel '300 orang jurutera pinjam Ah Long' ya... ada aku tampar nanti. Tak ada kerja pergi cari kerja, bukan cari Ah Long...tak pun bawalah Uber ke Grab ke. Uber dan Grab sebenarnya dah jadi sebahagian pencapaian AI (Artificial Intelligence) dan dah buktikan IR 4.0 (Industry Revolution) jadi kenyataan. Effi geleng kepala. Telefon disisip ke poket seluar. Boleh naik angin juga baca berita zaman sekarang. Banyak sangat dah benda yang agak tak logik dan jadi kebiasaan dalam masyarakat. Kalau rasa nak minda lebih bercelaru, banyakkan lah membaca pelbagai berita sempena PRU 14 ni.
Akhirnya orang yang dinanti muncul.


“Hai Ezra.”



tbc.........

XOXO, 
KL@RA

Sunday 22 April 2018

CARPE DIEM - A VERY SHORT STORY




KAKI dihayunkan mengikut rentak perbualan. Bosan jangan ceritalah. Dah dekat setengah jam dia melepak kat hentian bas tepi jalan kecil Kg Pinang ni. Takut nak balik rumah punya pasal. Telefon pun dah rasa panas di telinga duk bergosip dengan kakak sendiri. Dia stok tak ada kawan baik kategori BFF sebab social skill dia tak semantap si kakak. Sebab tu jugak dia yang terdampar kat kampung ni teman Opah dan bukannya si kakak. Tak adil betul.

“Along pinjam baju yang warna emerald green tu boleh tak?”
“Oit…baru beli tu.” Dia tak puas hati. Tahulah awak nak pergi jumpa crush tapi tak payahlah beria sangat. Lagi pun masa dia beli baju tu, Along pun ada beli baju baru juga.
“Bolehlah…tengah pakai ni. Kena pulak kat badan Along. Please….”
“Okay. Whatsapp Video Call jap. Orang nak tengok.” Voice Call ditukar kepada Video Call sebab dia nak tengok sendiri rupa si kakak tengah melaram baju barunya.
“Cantik tak?”
“Tak….” Geram punya pasal. Dia ni baru nak cari kerja, duit poket tak ada nak suka – suka beli baju baru. Lainlah Along yang dah stabil tapi almari dia juga yang selalu jadi mangsa. Dalam hati terpaksa mengakui si kakak sangat menawan dengan baju miliknya. Maklumlah Along memang manis orangnya. Macam Opah selalu cakap, dia ni stok muka garang sikit. Along tak senyum pun dan nampak manis. Whatever! Daripada duduk, dia mula berdiri dan membelakangkan pancaran cahaya matahari terbenam yang menyilaukan mata. Apalah malang, nak balik rumah takut kena marah. Janji Opah nak balik pukul berapa, sekarang dah pukul berapa. Ingat Opah dah pergi surau barulah dia nak menyelit masuk rumah.

“Tayang pak we baru ke? Kata baru je declare dengan si A.”
“Ishh…A apanya. Belum serius lah. Budak kampung mana Along boleh terfikir orang nak tayang kat Along? Agak – agaklah.” Dia dah tersipu – sipu diusik si kakak dan lembap pulak nak menangkap situasi yang dimaksudkan.
“Kat belakang tu.” Along dah gelak pecah perut. Nampak sangat si adik leka.
Makhluk mana pula yang buat cameo dalam panggilan video dia ni?

“Hmm…..budak kampung ni nak tanya, buat apa tepi jalan sorang – sorang? Dah nak Maghrib.”
“Opss.”
“Buat apa kat sini? Tak pernah dibuat orang tengok sunset kat bus stop. I hantar you balik, jom.”
“Hantar balik? How?”
“Kalau ikut logik. I naik basikal, you jalan or either way. Pandai bawak basikal?”
Okay, 10 markah. Gentleman!
Potong balik 10 markah, berani sungguh mamat ni. Mati kena rembat dengan Opah lah jawabnya. Dah lah balik lambat, selamba berteman dengan anak bujang orang pula.

“Cepat lah. Orang nak pergi surau lagi ni.”
“Eh, pergilah. Tak da pun suruh berhenti lepak dengan kita kat sini.”

“Bahayalah duduk sini. Apa masalah tak nak balik rumah? Keluar pergi town lepas tu balik lambat. Sekarang takut kena marah? Dah besar kot. Berani buat, berani tanggung.” Malas – malas Effi keluarkan telefon bimbit dari poket jeans. Keluar petang macam ni pun terpaksa. Mak suruh beli santan. Nak bawak kereta rasa macam dekat sangat. Naik basikal ajelah dan boleh pula dari jauh dia nampak awek ni sekejap duduk, sekejap berdiri dah macam berumah kat hentian bas ni pula. Tak manis sungguh jika nampak dek orang kampung.

“Lia, datang kat bus stop ni jap. Abang lupa bawak duit. Malas nak patah balik.”
Eh, muslihat apakah? Lia? Lia yang satu kumpulan dengan dia tadi ke?
“Lia? Tadi dia ada daki bukit tu kan?”
“La….you join Lia ke tadi? Lepas tu takut nak balik? Cakap je lah Opah, jalan kan licin lepas hujan, memang turun lambat sikit, small matter.” Dia pun risaukan Lia sampai rumah agak lambat tadi tapi tahu adiknya dah biasa bawa orang berkumpulan naik gunung atau bukit – bukit di sekitar daerah ni. Patutlah lengkap dengan kasut sukan yang tadi dia tak scan pun budak ni dari atas sampai bawah. Sekarang baru rasa nak scan. Hmm…boleh tahanlah. Nak cakap lawa giler tu tak adalah tapi sedap mata memandang.

“Abang….nah!” Lia menjerit sambil kaki tekan brek basikal dan sebelah hulur duit.
“Lia tolong hantar Ezra balik rumah. Nanti cakaplah kat Opah Lang Mak ajak Ezra singgah rumah tadi.” Effi harap si adik pandailah beralasan nanti. Opah Lang tu memang garang pun jadi dia faham sangat situasi Ezra.
“Macam mana tau nama I?” Soalannya bagai angin petang lalu agaknya di telinga kedua beradik ni.
“Ezra buat apa kat sini? Date dengan abang Lia ke? Gatal lah abang ni.”
Ezra cepat - cepat gelengkan kepala. Kenal pun baru 15 minit. Dating apa?

“Jangan melencong, Lepas hantar Ezra terus balik rumah tau Lia and by the way Ezra….” Effi Danial senyum sebelum menyambung. Aura garang seorang abang dah terbang berganti dengan sepasang mata nakal yang selamba mengusiknya, “…orang nama start huruf E ni special tau. Dah balik rumah dan jangan risau sangat. Sometime you need to lose yourself. Break the rules is fine or else you miss the fun part of your life.”

Dang! Tiba – tiba terasa nak ada abang dan bukannya ada kakak yang asyik kaki paw baju aje.

tbc......

p/s: Assalamualaikum. Hi! Perghh...lamanya tak melepak. Rindu. Buat konon - konon masterpiece for #pbakl2018 lah ya. Bahaha.... Miss you all blog readers.

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...