Friday 18 May 2018

RAMADHAN PICK UP LINE #FATINHUSNA



            “WAH! Semua nampak sedap.” Husna melirik senyuman sambil membuka bungkusan tiffin di depan mata.
            “Makanlah. Masak special untuk you tu.” Taufik membantu menuangkan air kelapa yang dibeli ke dalam jug. Selesai sahaja skop kerja dia, terus kaki diangkat ke ruang tamu. Badan direbahkan di sofa dan baru nak lelapkan mata, Hana dah merengek minta dilayan.
            Sepuluh minit sebelum berbuka, teringat pula nak bertanyakan khabar Hidayah. Tadi dia melangkah keluar rumah dengan hati yang berat. Maklumlah ini hari pertama Ramadhan dan Hidayah nampak sangat berharap mereka boleh berbuka bersama tetapi hari ini dia sudah berjanji dengan Hana. Anak sulungnya yang pertama kali belajar berpuasa perlu mendapat sokongan moral daripada seorang ayah.  

-        Dah sampai rumah?
-        Singgah bazaar.
-        Aik, tadi tak cukup ke lauk tapau kat rumah Mak?
-        Tak lalu nak makan masakan sendiri.

Taufik terdiam. Hidayah perasankah permintaannya tadi. Lauk yang diminta bukan masakan kegemarannya tapi kegemaran Husna. Bukan apa, kasihan juga apabila mendengar Husna merungut tak larat. Sejak naik pangkat, Husna semakin sibuk dan balik kerja sahaja dah nampak gaya orang separuh mati. Mana nak melayan Hana lagi. Kejamkah?

-        I’m sorry
-        Not that again! Tak apalah. Parking tak ada. Balik rumah ajelah.
-        Bagus. Parking saja kat dalam hati saya.

“Dah nak berbuka. Jom.”
Taufik terkejut apabila Husna muncul dari belakang. Tak sempat nak tunggu balasan mesej daripada Hidayah yang sangat anti #pickupline. Tiba – tiba teringat kenangan nak mengorat Hidayah dengan #pickuplineramadhan dulu tetap utuh dan menjadi kenangan dan tanda usaha kemenangan. Telefon bimbit cepat – cepat diletakkan di meja kopi dan tangan Hana ditarik untuk sama – sama ke meja makan.

“Okay, ikut Daddy baca doa ya Hana.”
Si kecil mengangguk dan Husna serentak mengangkat tangan menadah doa. Sangat berkat berdoa sebelum masuk waktu berbuka. Jangan ingat nak baca doa makan sahaja. Wajah Hana apabila bunyi azan berkumandang jangan ceritalah gembira macam mana. Lebar senyum Husna apabila melihat kebahagiaan terpancar di wajah si anak.
Perfect moment!
Seketika pandangan Husna dan Taufik bertaut. Senyuman yang terukir di wajah sang suami mendamaikan.
“Mommy, this is delicious.”
Yeah?” Husna bertanya sambil memulakan suapan dan mengangguk tanda setuju dengan si anak. Cukup segala rasa daging salai masak lemak kegemarannya. Rasanya kurang pedas, sesuai dengan selera Hana.
Baru masuk suapan ketiga, bunyi mesej masuk mencuri perhatian Husna dan Taufik selamba menoleh ke arah telefon bimbit di meja.
“Can’t she at least have some respect?” Husna menggumam perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Taufik.
“Don’t start.”
Husna tunduk menggaul nasi di pinggan. Seleranya mula mati. Ah, kenapa hati ini begini? Be strong Husna.
“Makanlah. Lauk favourite you kan. Susah nak cari yang sedap kat bazaar. I minta tolong Hidayah masak.”
Husna tersentak. Tekak terasa berpasir. Patutlah dia rasa pelik. Mommy tak pernah letak belimbing buluh. Biasanya Mommy hanya mencampurkan daun pucuk gelugor sahaja. Jadi, tadi Taufik singgah jumpa Hidayah dulu? Kenapa tak terfikir pun tiffin tu datangnya dari rumah si madu dan bukannya rumah mertuanya. Hidayah orang katering, memanglah pandai masak. Bukan sepertinya yang workaholic dan tak pernah rasa kerja – kerja memasak tu penting sangat. Cukup sahaja boleh masak dan rajin masak untuk keluarga tapi sekarang dia sangat berharap tahap masakannya sama taraf dengan Michelin Star Chef.
“You tolong siapkan Hana. I naik dulu.”
“Fatin Husna!”
“I just can’t. Sorry.” Husna mengangkat pinggan ke sinki dan cepat – cepat berlalu. Mujurlah Hana tak ada nak berdrama di meja makan. Mungkin gembira sangat dengan kehadiran Daddy.
Husna melangkah masuk ke bilik air. Lampu terang ditukar ke mode lampu malap. Leher diurut dan kepala disandarkan di hujung dinding bath tub. Dibiarkan air panas memenuhi tub mandi. Telefon yang sempat disambar tadi diletakkan di dock dan lagu kegemarannya berkumandang.


Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

“Husna….Husna…open the door.”
Husna malas – malas membuka pintu bilik air.
Taufik menerjah masuk dan menutup plug iPhone dock.
“What was that?”
“I yang patut tanya you. Hana mana?”
“Kat bawah. I suruh dia tunggu kita nak solat Maghrib.”
“Just leave me alone. Give me a few minutes. Nanti I turun.” Husna menolak bahu kanan si suami perlahan dan membuka langkah tapi tangan kirinya pantas disambar.
“It’s been a year.”
“Seribu tahun sekali pun. Kalau you pilih untuk tak lepaskan I, I want to know nothing about her.”
“It just a food. C’mon.”
“What is food to one man could be a bitter poison to others.”
“Sayang, look.” Taufik menarik kedua belah tangan si isteri.
“Kalau you nak ungkit apa salah I dulu. Fine. You menang but this forgiveness is torturing me.
Kedua – dua belah tangan Taufik dilepaskan.
Fatin Husna, you are selfish!



Assalamualaikum....Good day

cerita pendek...sekadar meriahkan blog.
hampir terlupa di bulan Ramadhanlah saya mula berblog maka kenangan itu indah walau pun realiti itu lagi indah :)
So happy anniversary KL....keep on lepaking will you (bagi semangat kat diri sendiri yang kadang2 lupa ada tempat melepak khas yang dibina 7tahun lalu) and....i still love this place....I HEART YOU KARYA LEPAK. 
LOL

Selamat berpuasa :D

Yang paling penting, cerita ni special dedicated to Birthday Girl Jazmeen a.k.a Fan Karyalepak
yang selalu ada bersama kita di sini, right readers?
May Allah Bless you Kak Jaz and you be blessed with happiness and great joy here and hereafter.

On another note: Ingat lagi ke cerita Taufik dan Hidayah bertahun dulu ni?
What are your expectations? Share with me readers. Mana tahu boleh spin dalam final part :p

1. http://karyalepak.blogspot.my/2014/07/ramadhan-pick-up-line-new-short-story.html

2. http://karyalepak.blogspot.my/2014/07/ramadhan-pick-up-line-akhir-short-story.html


Lev.... lev



10 comments:

  1. Can so understand what husna has been going through
    Not easy to share things with other person especially yr loved ones.
    Especially knowing u hv flaws.
    Btw, happy birthday kak jaz!

    ReplyDelete
  2. Sometimes there are the sweetness of polygam on both the wifes

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadan … KL

    Thanks for this cerpen – could not say enough my appreciation!

    Reading thro until d end, I‘ve this ‘dejection feeling’ entah sedih sbb I try to put myself in Husna n Hana’s shoes. Mcm live gitewww – watching hana n husna di meja makan esp Hana yg looks so excited surrounded by her mama n abah menikmati juadah on 1st Ramadan. I wanna cry coz reading every words of this simple cerpen makes my stomach full of butterflies.
    hahaaa … tetiba Neurons along my brain-gut axis let my stomach know I’m freaking out about TaufikHidayah!

    Now after a yr dh kahwin (or 3 yrs? hahaa sbb cerpen ni tulis in 2014) nmpak sgt Taufik prefer to hv iftar wit Hidayah not Husna n Hana (mcm trpaksa coz Hana’s 1st full fasting day). I can see (not imagine!) in d future for sure Taufik favors to berbuka ngan Hidayah hence Husna n Hana gonna be left out hmmm tambah lh lagi if Hidayah beranak huhuhuuuuu – never believe a man’s word if he shared ‘TOO MANY or MUCH or watever’ love wit women!!!

    Yes may b Taufik comfortable sbb he feels exceptional ‘doing good’ kinda modest to both wives n his kid(s) but his actions n gestures pasti tak mampu in handing fairness – tats d truth.

    Anyway congrats KL for this cerpen – cerpen tat enables us readers to ponder so much about life! Yess our life is very unpredictable n each one of us gonna giv self justification, so d keyword is ofkos ‘move on’

    my own note: no matter how much I adore Hidayah for her kind-heartedness n a ‘well behaved person’ still I could not support her decision! sorry Hidayah. Husna DON’T go with the flow but be the flow - I believe your life is the sum of your choices. Yes, there are circumstances that happen outside of your control. However, you have full authority regarding your responses and reactions to those circumstances. Therefore, your life is a series of choices that you make…one of it is the choice in relationship n ofkos mohon pada ALLAH SWT utk ketenangan. Taufik jgn tamak I think better lepaskan Husna in a good manner don let Hana jd alasan. Divorce pon still u can be a responsible father!
    ##singlemotherhusna

    aduiii … I’ve typing too long oredi. hahaaa this is the result of terover emosi! C‘mon Jazmeen it’s only a story read utk hiburan LOL.


    Thanks
    ♡♡♡
    ~ جزمين ~

    BTW… wat happen to cerita Sophia aka Pia .. SAHM?

    ReplyDelete
  4. Taufik & Hidayah belum cukup baik.. tak hormat perasaan Husna.. patutnya kalau giliran yang sorang lagi, jangan la dok call/mesej kalau tak der hal penting. Kalau betul Husna pernah buat salah pun, jgn la paksa Husna terima madu dia. Itu hak dia dan mendera perasaan namanya bro!

    ReplyDelete
  5. nak lagii.. smbung please :)

    ReplyDelete
  6. Nak lg juga... Nak tau ending.. tapi nak happy ending esp husna 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Ramadhan tahun depan la kot :p

      Delete
  7. Rindu lah .. akn muncul d jualan gudang karangkraf dis 2018? Bestnya klu blh jmp 😍☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....dah tahun baharu...
      2019 pun tak nampak khabar.
      Mujur saya muncul kat blog ni hah.

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...